saya jumpa cikgu tu…” Anak ditampar guru, ramai tak sangka dgn tindkan Azhar Sulaiman terhadap guru tersebut.

Insiden seorang jurulatih bola tampar yang menampar dua pemain perempuan menarik perhatian pelakon, Azhar Sulaiman bagi berkongsi pengalaman dihadapi anak lelakinya, Andika Rees Pahamin.

Menerusi satu posting di laman Instagram, Azhar berkata anaknya yang berusia 20 tahun itu pernah ditampar oleh guru sebelum mengambil keputusan untuk bersemuka antara dua pihak.

Mungkin tidak mahu isu berlarutan, pelakon berusia 51 tahun itu berkata dia bagaimanapun memilih untuk melupakan sahaja insiden tersebut.

“Anak saya Rees pernah kena lempang dengan cikgu dia. Selepas sebulan saya jumpa cikgu tu, salam dan cakap kat dia kita lupakan sahaja cikgu kisah lama tu. Lets move on,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Pada masa sama, dia tidak dapat membayangkan apa akan terjadi jika anaknya yang merupakan atlet dalam sukan hoki ais itu ditampar secara terbuka di gelanggang.

“Kalau sebagai pemain hoki ais kebangsaan dia kena lempang secara terbuka di gelanggang. Saya tak tahulah apa akan jadi.

” Pemain kan jenis tahan lasak dan tahan rempuh…hahahaha. Alhamdullilah pasukan dan jurulatih amat menyayanginya,” kata pelakon drama Di Sebalik Kasyaf itu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengikut tidak setuju sekiranya golongan pendidik bertindak kasar terhadap anak murid meskipun atas alasan sebagai ‘pengajaran’

Tak setuju kena lempang di muka

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyiasat insiden membabitkan jurulatih bola tampar yang berlaku ketika Kejohanan Remaja Bawah 14 Tahun (B-14) di Kota Tinggi, Johor pada pertengahan bulan lalu.

Bagaimanapun, bapa mangsa menganggap tindakan jurulatih berkenaan adalah kejadian biasa dalam latihan selain anaknya juga tidak mengalami kecederaan.

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *