Bad4n jadi kurus kering, Raja Afiq dedah kena bu4tan or4ng

Jika kita sebut drama Sayangku Kapten Mukhriz, pasti semua tebayangkan wajah pelakon Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razal yang menjadi watak utama untuk drama tersebut.

Baru-baru ini, nama pelakon tersebut menjadi bualan netizen gara-gara perubahan bentuk badannya yang dilihat semakin cengkung dan kurus berbanding penampilannya dahulu.

Menerusi laporan mStar, Afiq mendedahkan dia sedang melalui detik yang tidak pernah terjangka dek akalnya apabila berdepan dengan masalah kesihatan dipercayai disihir oleh individu yang tidak dikenali.

Menceritakan kembali kisah tersebut, Afiq meluahkan rasa terkejut apabila mendapati ketika membuang air besar, terdapat banyak darah yang mengalir dan menyangka ia hanyalah buasir.

Namun begitu, jangkaannya itu meleset apabila ustaz yang merawatnya telah memaklumkan dia terkena sihir seseorang hingga mengakibatkan kesihatannya terjejas.

“Ini sebenarnya ramai tak tahu, disebalik penurunan berat badan ni saya sebenarnya telah terkena sihir hingga mengakibatkan saya buang air besar keluar darah, pada mulanya saya ingatkan buasir tapi bila periksa dekat doktor tak ada apa pula.
“Saya turun berat badan daripada 90 hingga 70 kilogram sekarang ini, kemudian saya rasa pelik dan pergi berubat dekat ustaz kemudian dia mengesahkan saya terkena sihir,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 29 tahun itu turut meluahkan rasa selepas ustaz yang memberi rawatan kepadanya memaklumkan individu tersebut berniat untuk menyekat rezekinya selama ini.

Mana tidaknya, sejak pertengahan tahun lepas lagi dia sudah kurang menrima tawaran lakonan daripada pihak produksi dan kadang kala, dia merasa tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai disebabkan bentuk fizikalnnya yang gemuk.

Ustaz tu cakap individu tersebut memang nak sekat rezeki saya dan membuatkan saya kurang keyakinan, sampai satu tahap pernah saya jadi down bila nak berjumpa dengan orang sebab gemuk… saya juga kurang terima tawaran sejak pertengahan tahun lepas lagi,” katanya lagi.

Sumber: mStar (Faiz Izzat)

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *