“Sy Dah Bincang Dgn Isteri, Kami Ada Pndpt Sendiri..”- Status Izzue Islam Soal Rumah Tngganya Buat Ramai Doakan

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui sudah lali apabila disoal mengenai kehadiran cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga hampir sembilan tahun lalu.

Menurut laporan Utusan Online, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan itu bersikap tenang dan tidak terasa hati sekiranya pertanyaan tidak berbaur sindiran.

“Ketika awal perkahwinan, saya memang rimas kalau orang asyik bertanya mengenai anak. Saya respons mengikut intonasi pertanyaan, apakah mereka betul-betul bertanya atau mahu menyindir.

Daripada marah, lebih baik saya beredar. Kalau sekadar bersembang, saya jawab sahaja. Tiada masalah kerana saya dan isteri akur, belum rezeki untuk menimang cahaya mata,” katanya.

Pelakon drama Risik Pada Hati itu berkata, dia pernah terfikir bagi mengambil anak angkat tetapi tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang jika tidak mampu memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Saya pernah berbincang dengan Awin (isteri) mengenai perkara ini. Namun, apabila difikirkan balik, saya jadi risau sebab takut anak terabai dan tidak mampu memberi kasih sayang sepenuhnya.

“Jadual kerja saya pula tidak menentu dan bimbang kalau dibawa ke hulu dan ke hilir, nanti jatuh sakit dan akan membebankan banyak pihak,” ujarnya.

Sementara itu, Izzue juga bersyukur mempunyai ahli keluarga termasuk mentua yang memahami dan tidak pernah mendesak atau mempersoalkan mengenai zuriat.

Tambah bekas anggota kumpulan Forteen itu, jadual hariannya dipenuhi dengan komitmen kerja membuatkan dia tidak sempat berasa kesunyian.

“Kalau orang cakap, anak adalah punca bahagia, kami pula mempunyai pendapat sendiri. Kebahagiaan itu boleh kita cipta, meskipun tanpa kehadiran cahaya mata.

Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna apabila dikurniakan anak.

“Ada juga yang memiliki ramai anak tetapi kehidupan porak-peranda, ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” kongsinya.

Sumber: Utusan Online (Hasif Idris) , Instagram Izzue Islam

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *