“Sedikit Masin..”- Tak Sangka Ini Kata2 Suami Fatin Afifah Selepas 5 Hari Berkahwin

Belum seminggu berseminggu bergelar sebagai suami isteri, nampaknya ada sahaja momen romantik yang dikongsikan oleh pelakon Fatin Afeefa bersama suaminya yang juga merupakan seorang usahawan, Aliff Awang.

Baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @cik_bungaaaa di laman TikToknya, kelihatan pelakon yang berusia 28 tahun itu sedang memasak untuk suaminya sambil membuat siaran secara langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut.

Dalam video itu, Fatin telah memasak suaminya nasi goreng dan ayam masak merah dan meminta ulasan mengenai hidangan yang disediakannya.

Bagaimanapun, suaminya itu ‘complaint’ masakan nasi goreng jepunnya agak masin dan ayam masak merahnya itu manis dan tidak pedas.

“Sedikit masin, berbanding masakan waktu masa bercinta dulu,” ujarnya yang memberi komen mengenai nasi goreng yang dimasak oleh Fatin.

Kemudian, Aliff atau lebih mesra disapa Opai itu mencuba pula hidangan ayam masak merah namun, dia mengatakan masakan tersebut agak manis dan tidak pedas.

Bagus jujur macam ini, senang isteri nak perbaiki masakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Aliff menegur masakan isterinya dengan jujur yang membolehkan Fatin memperbaiki kemahiran di dapur kelak.

Macam suami aku, jujur sangat!

Bukan itu sahaja, netizen terutamanya dalam kalangan wanita turut berkongsikan pengalaman yang sama mengenai suami mereka juga sering memberi jawapan yag jujur mengenai masakan yang dihidangkan pada setiap hati.

Pelakon Fatin Afeefa bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, malam ini.

Sumber berkata, pemilik nama lengkap Fatin Nur Afifah Shamsudin itu dan pasangannya bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz.

Dalam masa sama, berita gembira itu turut dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang juga pendandan untuk pelakon filem Tentang Bulan.

Fatin Afeefa, congrats dear (tahniah), thank you for having me (terima kasih kerana mendapatkan khidmat saya),” tulis Alha ringkas menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya yang turut memaparkan Fatin mengenakan busana serba putih..

Sementara itu, tinjauan BH Online dalam IG Aliff turut mendapati memuatnaik hantaran dengan mengenakan baju melayu lengkap serba putih.

Bagaimanapun, sehingga kini, Fatin tidak memuat naik sebarang hantaran dalam laman sosial yang mengesahkan dirinya kini sudah bergelar isteri kepada Aliff ataupun berkenaan majlis pernikahan itu.

Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7

Sumber:Omm

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *