“Saya Akan Bawa Bersama 2 Anak..”- Puteri Sarah Akhirnya Ambil Keputusan Ini..

Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, dijangka bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah pada 26 Januari ini, sebagaimana yang diluahkannya di Instagram Stories, semalam.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia bersyukur dikurniakan rezeki oleh Allah untuk mengerjakan umrah pada tahun ini bersama-sama dua anaknya sekali lagi.

“Ia umrah kali kedua saya pergi bersama-sama anak-anak, selepas Mei tahun lalu. Malah, saya mendapat rezeki penajaan oleh kawan baik, Fazlinda daripada Needleworks KL dan Insaff Travel Tropicana Aman untuk umrah ini.

“Alhamdulillah, rezeki saya nak ditaja. Memang tak sangka pun, Allah jemput saya dan anak-anak lagi dengan rezeki penajaan pula. Sebabnya, tahun lepas yang saya pergi itu (umrah) dengan perbelanjaan sendiri,” katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.

Sarah yang akan berada di Tanah Suci selama 13 hari berkata, dia juga ada perancangan mahu mengerjakan haji. Tapi, katanya ia bergantung pada rezeki juga, kalau ada.

“Saya sebenarnya dah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum ini. Malah, sebelum ada anak dulu, sudah empat kali saya ke Tanah Suci mengerjakan umrah bersama dengan suami,” katanya yang masih lagi bercuti di Tokyo, Jepun.

Difahamkan Sarah juga membuka ruang kepada pengikut media sosialnya yang ingin mengirim doa-doa mereka untuk dibacakan di hadapan Kaabah ketika dia mengerjakan umrah itu menerusi mesej, DM dihantar ke Instagram.

Sehingga kini, Sarah menjadi perhatian ramai apabila kemelut rumah tangganya bersama suami juga pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof, 38, belum lagi berakhir.

Permasalahan rumah tangga pasangan ini yang didakwa sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca atas dakwaan kehadiran ‘orang ketiga’ dikenali Ira Kazar yang dikatakan mengganggu kebahagiaan mereka.

Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *