Lelaki mcm ni tak ada telor?’- Puteri Sarah.

Di Instagram Story, Puteri Sarah berkongsi sebuah kisah mengenai ketabahan seorang isteri dalam mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama suami tercinta.

Menerusi posting tersebut, wanita berkenaan berkata hanya dia seorang sahaja yang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga manakala, suaminya tidak melakukan perkara tersebut. Tambah wanita itu lagi, suaminya hanya menyokong pihak ‘ketiga’ lebih daripada dirinya sendiri.

Berikutan daripada itu, Puteri Sarah tampil meluahkan pandangannya berhubung masalah yang dihadapi oleh wanita tersebut. Didakwa jalan cerita hampir sama, Puteri Sarah berkata para isteri lebih ‘lelaki’ daripada lelaki itu sendiri sejak belakangan ini. Sudah memasuki tahun 2023, Puteri Sarah berharap semua wanita terus bangun dan menjadi kuat untuk berdepan situasi seperti ini.

Terdahulu, Syamsul Yusof menyatakan dia akan menyelesaikan konflik dengan Puteri Sarah yang mendakwa perkahwinannya diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira Kazar tidak lama lagi.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 38, berkata, dia bakal merungkai perkara sebenar yang berlaku di sebalik kemelut yang menjadi bahan bualan masyarakat sejak enam bulan lalu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sudah tiba masanya saya bersuara tentang perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih. Syamsul bakal menjawab segala persoalan tidak lama lagi.

Insya Allah dalam masa terdekat ini saya akan menjawab dan meleraikan satu persatu kepada umum.

“Berikan saya sedikit masa untuk selesaikan semuanya. Dalam masa terdekat Insya Allah saya akan berikan titik noktah kepada semua permasalahan ini,” katanya.

Syamsul berkongsi mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di Instagram miliknya pada malam Sabtu. Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak termasuk Puteri Sarah yang sering menceritakan kisah peribadi mereka di media sosial.

Sumber : ohbulan

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *