Aliff syukur Fatin Afeefa masak ‘maggi’, menu pertama selepas jadi suami isteri

Selepas mengadakan pernikahan secara tertutup, suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang berkongsi momen romantis apabila aktres tersebut memasak mi segera sebaik selesai majlis mereka.

Menerusi satu perkongsian video di InstaStory, Aliff yang juga seorang usahawan meluahkan kesyukuran apabila dapat menjamah air tangan pertama insan tersayang selepas bergelar suami isteri.

Aliff berkata, nilai menu dihasilkan bukan menjadi keutamaan sebaliknya kenangan yang dicipta bersama perlu dihargai dalam perhubungan rumah tangga.

“Alhamdulillah.. makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata, bukan nilai sesuatu barang itu buat perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan,” katanya dalam rakaman berdurasi 28 saat itu.

 

Malam tadi, Fatin mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba selamat melangsungkan majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Terdahulu, pelakon berusia 28 tahun itu memberi bayangan sudah bergelar tunangan orang selepas berkongsi video memaparkan seorang wanita menyarungkan cincin ke jari wanita lain di InstaStory.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

Selain itu, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy hasil perkahwinan terdahulu yang tidak dikongsikan secara lanjut.

Sumber: Instagram Aliff Awang & Amir Naufal Photography

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *