Penipv akan sentiasa menipu” – Ciapan Twitter Zizi Kirana cetus tanda tanya

Penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah @Zizie Mad Tahil menjadi bualan hangat netizen apabila dia secara tiba-tiba memuat naik sebuah ciapan di Twitter yang mengundang persoalan serta tanda tanya.

Menerusi ciapan tersebut, Zizi menganggap wanita sering menggunakan perasaan dan disebabkan itulah, ‘mood’ tidak menentu tetapi, lelaki pula banyak menggunakan akal ‘panjang’ mereka untuk melakukan perbohongan.

 

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran yang berbeza pula, penyanyi yang berusia 37 tahun itu menegaskan penipu akan sentiasa menipu dan disebabkan perkara tersebut akan membuatkan golongan tersebut sering tertanya-tanya mengapa hidup mereka menjadi teruk.

 

Terdahulu, tular khabar angin yang mengatakan Zizi cemburu apabila didakwa sering dilihat menemani suaminya, Yusuf Bahrin sewaktu bekerja.

Namun begitu, Zizi menepis spekulasi tersebut dengan memaklumkan dia hanya sekali sekala menemui suaminya di lokasi penggambaran terutama apabila mempunyai waktu terluang.

Sebelum ini, aktres Intan Najuwa memilih untuk lebih berhati-hati apabila bergandingan dengan suami Zizi Kirana iaitu Yusuf Bahrin yang menjaga batas dalam lakonan bagi mengelakkan sebarang kontroversi tidak diigini berlaku.

Sekadar info, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama Yusuf  Bahrin pada 19 September tahun lalu selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Twitter @EKZiziKirana , OMM

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak ADMIN juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *