Seandainya Saya Kaya, Mampu Beli Satu Lagi Bumi Sekali Pun, Itu Tak Bermakna Saya Bahagia,” – Ameera Khan

Pempengaruh, Ameera Khan merasakan setiap individu mempunyai cara bahagia mereka yang tersendiri.

Pandangan itu diberikan sebagai respon balas Ameera terhadap salah seorang pelayar yang mengikuti sesi siaran langsungnya di Instagram pada Sabtu.

Individu tersebut bertanya mengapa Ameera masih mahu menghilangkan diri meski dikurniakan kehidupan sempurna dari segi paras rupa, harta dan keluarga yang sentiasa menyokongnya.

Jelas adik kepada selebriti terkenal Neelofa itu, orang luar tidak seharusnya membuat andaian melulu sebaliknya dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk berehat seketika daripada media sosial.

“Ini perkara yang saya kurang bersetuju. Rupa dan duit tidak akan kekal selamanya dan ia juga tidak melambangkan erti bahagia buat saya. Buat orang lain pula mungkin berbeza.

“Apa yang penting bagi saya adalah kesihatan mental dan fizikal serta keluarga saya. Seandainya saya kaya dan mampu beli satu lagi bumi sekali pun, itu tak bermakna saya bahagia.

“Jadi, sekiranya saya memutuskan untuk sembunyikan diri dan mengelak daripada berjumpa dengan orang ramai, ia adalah kerana sebab-sebab lain.

“Ia mungkin kerana netizen atau saya sendiri yang sudah terlalu lama meluangkan masa di media sosial. Saya berasa penat dan perlu reset semula,” katanya.

Bagaimanapun, Ameera memaklumkan dirinya tetap bersyukur dengan segala rezeki yang telah dikurniakan kepadanya selama ini.

“Saya bukan memilih untuk berehat kerana saya merasakan diri saya cantik atau berwang. Alhamdulillah dengan harta dan rupa paras yang saya miliki serta perkara-perkara yang telah saya jalani selama ini.

“Saya memang sangat bersyukur tetapi anda tidak boleh mengatakan yang saya punyai segalanya tetapi tetap melarikan diri. Pada saya, perkara metrialistik tidak menggambarkan kebahagiaan,” kongsinya lagi.

Terdahulu, selepas hampir enam bulan menghilangkan diri daripada media sosial, Ameera kembali mengaktifkan akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

Kemunculan semulanya itu nyata menzahirkan rasa gembira di hati para peminat dan rakan selebriti.

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *