Beri Pasukan penyelamat tumpang resort dan beri makanan, Ramai puji Bonda tldak lokek membantu

Kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm di Batang Kali pada Jumaat lalu sememangnya mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi telah mengorbankan puluhan nyawa.

Operasi mencari dan menyelamat juga masih giat dijalankan kerana ada beberapa mangsa yang belum dijumpai sehingga ke hari ini.

Bantu mudahkan urusan petugas. Disebabkan itu, pengasas kosmetik terkenal, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita telah membantu memudahkan urusan team rescue terdiri daripada anggota polis dan bomba dengan memberi kebenaran untuk resortnya dijadikan tempat mereka istirehat.

Beri makan dan tempat rehat. Staf di Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak berhampiran lokasi kejadian turut menyediakan makanan buat para petugas yang berehat dan menyediakan kelengkapan untuk memulakan operasi mencari di lokasi tanah runtuh.

Hal tersebut telah dikongsikan satu akaun TikTok yang menggunakan nama @joker8scarface apabila berkongsi video anggota-anggota SAR sedang berehat setelah bertungkus-lumus menjalankan operasi.

Dalam video terbabit, dia mengucapkan terima kasih kepada Bonda Rozita dan staf Rumah Hutan kerana memberikan mereka makanan dan tempat untuk berehat.

 

Dapat dilihat deretan trak polis diparkir di kawasan tersebut menandakan operasi mencari dan menyelamat masih lagi berjalan.

 

Zahirkan salam takziah kepada keluarga mangsa
Dalam perkongsian di Instagram ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri itu, dia dengan rendah hati menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang telah berlaku.

Dia turut mengatakan yang selepas ini tidak akan membenarkan pengunjung membuat sebarang perkhemahan di resortnya kerana bimbang kejadian sama berulang lagi.

Semoga murah rezeki Bonda Rozita. Muat naik yang dibuat pengguna TkTok itu telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata warganet telah mengucapkan terima kasih kepada Bonda Rozita kerana memberi kemudahan kepada team rescue untuk melepaskan lelah selepas seharian bergelumang dengan lumpur.

Mereka juga mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dipermudah dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu.

Sumber : ohmymedia

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *