Ini Kata Kata Yasin Sulaiman Kepada Perdana Menteri 10, Dato Seri Anwar Ibrahim Selepas Dia Dibawa Keluar Mahkamah

Saya rasa belum terlewat untuk saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim,”

Itu kata penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman ketika ditemui selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan dad ah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Menurut Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, dia telah melihat Anwar mengharungi perjuangan yang sungguh dahsyat yang akhirnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dipilih sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, pelantun lagu Mimpi Laila tersebut turut berharap Anwar dapat menambah baik undang-undang lapuk termasuk kes da dah.

Pada 24 November lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, mahkamah menangguhkan keputusan representasi bagi tiga pertuduhan da dah yang dihadapi Yasin kepada 11 Januari ini.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad, menetapkan tarikh baharu itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih menunggu keputusan ketiga-tiga representasi berkenaan.

Terdahulu, semasa prosiding peguam bela Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein, berkata pihaknya dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan masih memerlukan sedikit masa untuk mempertimbangkan representasi itu yang difailkan 23 September lalu.

“Hari ini ditetapkan untuk keputusan representasi, namun kami dihubungi oleh pendakwaan bahawa mereka memerlukan sedikit masa. Tiada masalah untuk keputusan representasi dalam tempoh singkat, dalam tiga minggu ini,” katanya.

Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, bersetuju satu tarikh singkat bagi keputusan representasi itu selain mengesahkan masih menunggu keputusan tersebut representasi daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sebelum ini, dalam prosiding terdahulu, pihak pembelaan pada memaklumkan representasi yang dikemukaman antaranya melibatkan dokumen-dokumen
perubatan yang mana ia agak komprehensif untuk pihak pendakwaan mengkaji terhadap pertuduhan tersebut

Pada 22 Ogos lalu, mahkamah sama menetapkan 15 hari bermula Mac tahun depan bagi perbicaraan tiga pertuduhan da dah yang dihadapi Yasin.

Tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 6 hingga 10, 13 hingga 17 dan 20 hingga 24 Mac yang mana seramai 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.

Pada 6 Julai lalu, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, bernasib baik apabila tidak berdepan dengan huku man gantung sampai ma ti atas pertuduhan mengedar da dah jenis Kana bis seberat 214 gram.

Ia apabila pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dad ah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya da dah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Bagi kesalahan itu, Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dad ah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penj ara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kana bis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Da dah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dad ah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Da dah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

About admin

Check Also

Anak tk sampai setahun lagi dah mengandung 5bulan? Akhirnya Fizo omar terus Umum

Tak sampai setahun Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri menimang cahaya mata, pelakon tersebut mengumumkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *