Berat mata memandang, berat lagi bahu anak yang terpaksa memikul beban akibat perpisahan ibu bapanya. Demikianlah nasib seorang remaja berusia 14 tahun yang dikongsikan oleh aktivis masyarakat, Puan Natipah Abu melalui Facebooknya.
Tatkala pelajar lain sedang berseronok ketika musim cuti sekolah, namun dia pula tiada tempat untuk berlindung. Awalnya terima, tapi segalanya berubah lepas ayah baru bencinya…tidak benarkan dia tinggal di rumah mereka.
Terdahulu, remaja ini bersama 2 beradiknya lagi diterima balk oleh suami baru kepada mak kandungnya. Namun segalanya berubah apabila hanya dia yang dibenci oleh ayah tirinya. Bukan setakat tidak mahu bertanggungjawab ke atasnya walau sesen pun, malah tidak diizinkan tinggal di rumah mereka.
Gara-gara ibunya berada di rumah transit sambil dalam fasa menuntut perpisahan, pelajar MRSM ini bawa dirinya ke sebuah rumah kebajikan di Kuala Lumpur. Cuti haritu balik dekat bapa kandung…tapi masalah dengan mak tiri pula.
Sebelum ini, Puan Natipah Abu pernah dedahkan punca si ayah tiri mula bencikan remaja itu kerana berkelahi dengan salah seorang anak kandungnya. Meskipun pelajar Tingkatan 2 tersebut pernah balik ke rumah bapa kandung, namun malangnya dia turut berdepan masalah dengan ibu tiri pula.
Kasih sayang yang setiap anak wajib rasa, tapi dia tak dapat…moga nanti dapat ubah nasib diri dik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak mengenangkan remaja tersebut seolah-olah disisihkan oleh kedua-dua ibu serta bapa tirinya. Oleh itu, mereka mendoakan agar dia berhasil menjadi pelajar yang pintar di sekolah sekali gus berjaya dalam kehidupan dewasa kelak.
Sumber : Kisahdunia