Bapa kaku, longl4i tengok may4t anak lem@s d4lam tali air ditemvi

Tular sebuah video memaparkan seorang bapa longlai apabila mayat anaknya, Muhammad Sufi Eijas yang terjatuh berhampiran tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu ditemui semalam.

Menerusi laporan Kosmo! Online, Mohd. Sobrey Ramli tidak dapat menahan kesedihan atas pemergian anaknya yang berusia tiga tahun dalam kejadian berlaku pada Isnin.

Akaun Instagram @jentikhati berkongsi video kelihatan Mohd. Sobrey tidak berdaya selepas pasukan bomba membawa jasad anaknya naik ke darat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jentikhati™ (@jentikhati)

Sementara itu, tular juga beberapa tangkap layar luahan ibu mangsa iaitu Nurul Ain Bakri menerusi aplikasi WhatsApp sebelum mayat anaknya ditemui terapung 500 meter dari lokasi kejadian.

Tangkap layar tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook, Mimi Noor Sharfella yang juga rakan kepada Nurul Ain.

Sufi timbul la.. ramai orang mari tengok Sufi ni, ramai orang sayang Sufi. Umi reda, mesti Sufi sejuk kat bawah tu. Cepat-cepat timbul, Umi nak peluk Sufi,” itu antara luahan Nurul Ain.

Difahamkan, Nurul Ain yang bekerja di Politeknik Kuala Terengganu berkata, suaminya ada berpesan kepada anak-anak mereka supaya jangan bermain terlalu jauh.

Sufi (kanan), anak kedua dari tiga beradik

Waktu itu saya masih di pejabat, suami saya pula kebetulan sedang bercuti membawa anak-anak ke kelas mengaji.
“Sebelum ini tidak pernah suami bawa anak ke kawasan tali air itu,” katanya.

Sumber: Instagram @jentikhati , Kosmo! Online ,omm

About admin

Check Also

Bapa Pemain Ditamp4r Harap Jurul4tih Dikekalkan -“Kami Kenal Cikgu Hadee”

Sejak video seorang jurulatih menampar beberapa peserta remaja di satu kejohoan bola tampar tular di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *