Abdul Hadi dakwa penyok0ng keraja4n cari kemenangan dalam kepura-puraan

KUALA LUMPUR : PAS mendakwa wujud kumpulan yang menyokong pembentukan kerajaan ketika ini yang bersedia mencari kemenangan dengan wajah berubah-ubah, melalui sokongan Islam yang bebal dan pihak yang nyata bermusuh terhadap Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kumpulan itu berpaksi kepada perjuangan ideologi pragmatik yang disembunyikan dan berpura-pura dengan wajah yang dapat menarik kalangan beragama sehingga boleh ditipu atau disebabkan oleh jahil agama atau tidak beragama.

Katanya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, jumlah kerusi yang dimenangi di kawasan majoriti bukan Islam atau bukan Islam menjadi undi penentu yang menyokong calon-calon kumpulan itu, di sebalik perpecahan dan kejahilan umat Islam terhadap politik.

“Sehinggakan, berlakunya gerakan bagi menghalang penubuhan kerajaan oleh Perikatan Nasional (PN) yang disertai oleh PAS dengan cara yang terang lagi bersuluh, walaupun melalui tangan-tangan ghaib yang tersembunyi.

Mereka mengoyakkan topeng yang melindungi wajahnya yang sebenar, supaya lebih meyakinkan kita kepada perjuangan Islam dan mengenali siapakah kawan dan lawan. Ditelanjangkan dirinya sendiri, betapa slogan menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku hanya penuh kepura-puraan saja.

“Hal ini jelas berlaku apabila semua pihak yang dikutuk itu diajak untuk bergabung bersama dan diajak sesiapa sahaja, dalam kerajaan yang dibentuk bagi mencukupkan jumlahnya dengan cara begitu rupa tanpa rasa malu,” katanya hantaran di Facebook hari ini.

Di Malaysia, Abdul Hadi mendakwa kumpulan itu membawa slogan reformasi bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dengan cara yang tidak demokratik oleh kumpulan yang dinamakan Bersih dengan tujuannya yang tidak bersih.

“PAS mengundurkan diri daripada kumpulan itu, selepas mengkaji sedalam-dalamnya kerana tiada faedah bertempur dengan anggota polis melalui perancangan yang jahat bermotifkan politik kotor yang diatur oleh pihak asing yang datang menjajah lagi secara baharu.

“PAS mengalu-alukan kenyataan pemimpin DAP yang mendedahkan wajahnya yang sebenar terhadap Islam, apabila mereka membuat kenyataan kemarahan terhadap kejayaan PAS yang diberikan nama gelombang hijau dalam PRU ke-15 baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu katanya, kira-kira beberapa tahun lalu, ada beberapa tokoh muda PAS mendedahkan mereka mendapat undangan kursus di sebuah negara jiran dan ceramahnya diisi oleh beberapa orang tokoh politik, intelijen tentera negara besar dan negara tuan rumah, pensyarah dan lain-lain.

“Undangan dihadiri dari beberapa negara termasuk tokoh dari Malaysia. Mereka dijemput memberikan syarahan dan mengadakan perbincangan bagi melakukan perubahan politik dengan menjatuhkan kerajaan yang ada melalui gerakan yang dinamakan reformasi.

“Beberapa langkah susulan juga turut dilakukan, termasuk membabitkan kedutaan asing yang diundang melakukan campur tangan dalam urusan negara kita,” katanya.

Ekoran gerakan itu, Abdul Hadi berkata, PAS menjadi sasaran, kerana dianggap sebagai pencabar kepada ideologi timur dan barat yang sedang mengalami kemelesetan, sehinggakan, berkecainya blok timur yang berideologi komunis dan segala mazhabnya serta tanda merudumnya hari ini blok barat yang berideologi liberal kapitalisme.

Sumber:BH

About admin

Check Also

Bapa Pemain Ditamp4r Harap Jurul4tih Dikekalkan -“Kami Kenal Cikgu Hadee”

Sejak video seorang jurulatih menampar beberapa peserta remaja di satu kejohoan bola tampar tular di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *