Farhatul Fairuzah luah syukur terima darjah kebesaran kurniaan Sultan Selangor

Selebriti media sosial, Farhatul Fairuzah meluahkan kesyukuran apabila menerima darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Menerusi laman Instagram, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 itu berkongsi beberapa gambarnya bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain.

Dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah)

Antaranya adalah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Puteri Sultan Selangor Tengku Zatashah.

Qariah berusia 23 tahun itu turut merakam foto kenang-kenangan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah)

“Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan darjah dan kebesaran negeri Selangor Darul Ehsan, sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Jaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj di atas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
“Semoga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” tulisnya.

Antara momen dalam istiadat

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.

Alhamdillah tahniah!

Inspirasi anak muda

Moga terus sebarkan dakwah

Selain Farhatul, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 iaitu Sofizah Mousin turut menerima darjah kebesaran yang sama.

Sumber:omm

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *