1998 Tukar Agama Dan Kahwin, SubhanAllah! Terlalu Cantik Anak Dara Ratu Cantik Dan Dato Paduka 10 Anak

Macam anak kacukan! Memang terserlah wajah cantik Salsabil Qur’ani. Patutlah namanya tengah jadi bualan hangat. Lebih-lebih lagi sejak video TikTok Salsabil di samping bapa tersayang ketika sambutan hari lahir aktor berkenaan baru-baru ini bertebaran di media sosial.

Sejak itu, ramai yang mula meminati dan mengenali anak pasangan selebriti popular, Mustapha Kamal dan Susan Manen tersebut.

Menjenguk media sosial milik Salsabil Qur’ani, gadis ini baru berusia 18 tahun. Daripada raut wajahnya jelas dia mewarisi kecantikan ibunda tersayang, Susan Manen yang merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1993!

Mana tidaknya, aktres popular Pengantin 1 Malam itu mempunyai darah kacukan Inggeris dan Portugis. Jadi tak hairanlah anak-anak pun kacak dan cantik.

Sepasang mata bundar, hidung mancung, rambut ikal mayang dan senyuman manis yang dimiliki Salsabil membuatkan sesiapa saja tertawan.

Sebagai anak pelakon popular dan darah seni yang mengalir dalam diri, Salsabil turut tidak melepaskan peluang mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapanya sebagai pelakon.

Sekitar hujung tahun lalu, dia membintangi drama Cinta Yang Tertangguh di samping bapanya, Sweet Qismina dan Zoey Rahman.

Anak perempuan kepada aktor hebat Mustapha Kamal dan isteri Susan Manen, Salsabil Qur’ani mencuri perhatian ramai apabila wajah comelnya itu dikatakan mirip selebriti Hollywood, Kylie Jenner.

Menerusi platform TikTok, Salsabil, 18, yang merupakan anak nombor tiga berkongsi sebuah video bersama Mustapha ketika meraikan ulang tahun kelahiran bapanya itu untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian itu lagi, Salsabil dilihat menari bersama Mustapha sambil diiringi lagu yang menjadi trend di TikTok berjudul Habibi.

Bukan itu sahaja, selain daripada ucapan hari lahir, rata-rata wargamaya tertarik dengan wajah dan aksi Salsabil yang juga  dikatakan ada iras pelakon Spider-Man, Zendaya.

Malah, ramai juga yang mengusik bahawa Salsabil merupakan pewaris bagi Megah Holding, di mana Mustapha sebagai penaung bagi ‘syarikat mewah’ tersebut.

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *