“lelaki berstatus jutawan..”- Dakwa Erra Fazira Khwin Senyap2, Akhirnya Pengurus Peribadi Buka Cerita Sebenar

Tiada angin tiada ribut, timbul dakwaan kononnya selebriti popular Erra Fazira telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berstatus jutawan.

Menurut laporan Kosmo! Online, berita tersebut bagaimanapun dinafikan oleh pengurus Erra yang dikenali sebagai Firdaus.

Firdaus berkata, beberapa foto penyanyi dan pelakon yang dilihat mengenakan persalinan berwarna kelabu itu hanya babak dilakonkan dalam sebuah telefilem.

“Berita palsu. Tidak betul sama sekali. Gambar yang tular itu adalah dalam babak telefilem lakonan Erra. Telefilem itu belum dikeluarkan lagi,” katanya.

Menerusi foto tular berkenaan, turut kelihatan seorang lelaki berpakaian pengantin lengkap bertengkolok dengan warna sedondon disamping Erra namun wajahnya tidak didedahkan.

Sekitar Oktober tahun lalu, selebriti yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu itu menafikan berkahwin dengan seorang VVIP berstatus Menteri.

Pelakon filem Pasrah itu juga pernah mengaku bercinta dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir namun hubungan mereka terlerai pada 2019.

Untuk rekod, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian bertemu jodoh engan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan dengan Engku Emran, dia dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Instagram Erra Fazira

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *