Gara2 Mencela Datuk Zahid Hamidi, Akhirnya 3 Org Pemimpin Ini Telah Dipecat Buat Ramai Terkejvt

Kuala Lumpur: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan untuk memecat tiga pemimpin bahagian masing-masing dua ketua wanita dan seorang ketua bahagian.

Ahli MKT, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendedahkan hasil mesyuarat itu berkata, mereka yang dikenakan tindakan disiplin itu kerana mencela parti termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci identiti individu berkenaan sambil menjelaskan mereka bukan dalam kalangan MKT

“Kita minta parti bertindak tegas, kenakan tindakan disiplin kepada mereka yang bukan sahaja mencemuh parti tetapi mencemuh Presiden parti.

“Ada dipecat… ahli UMNO bukan MKT. Tiga orang, dua ketua wanita bahagian dan satu ketua bahagian kerana mencemuh parti serta berkempen (untuk pihak lawan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn di sini, malam ini.

Menjelaskan situasi dalam mesyuarat berkenaan, Mohd Puad berkata, nada Ahmad Zahid agak tegas berkenaan isu disiplin.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan tidak akan sesekali berkompromi dengan ahli yang memburukkan parti termasuk membocorkan intipati mesyuarat kepada pihak luar.

Dalam mesyuarat itu, dua naib presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan Ismail Sabri tidak hadir pada mesyuarat itu kerana perlu menghadiri program lain.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengapa Mahdzir tidak hadir.

Kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato’ Onn, di sini sebentar tadi menimbulkan persoalan pengamal media.

Beliau yang tiba sekitar 8 malam, diiringi seorang wanita, yang dipercayai pegawainya.

Ketika pengamal media mendekatinya termasuk mahu mengambil gambar, Rosmah meminta media supaya tidak berbuat demikian.

Pegawai Rosmah turut menegur jurugambar supaya tidak mengambil gambar isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

“No picture, no picture (jangan ambil gambar),” katanya.

Difahamkan, kehadiran Rosmah mungkin bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengerusikan mesyuarat MKT, malam ini.

Terdahulu, Ahli MKT Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, mesyuarat itu akan membincangkan beberapa isu antaranya syor supaya MKT Umno kekal berperanan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *