Dato Najib Minta Siasat Abah, Dakwa Rakyat Kerugian RM320 Juta. Sekali Netizen Perasan Sesuatu..

Tiada angin tiada ribut,kecoh di platform Twitter bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan terhadap Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi ciapan dimuat naik, Najib memetik nama seta mempersoalkan ‘sebab’ kerajaan yang dulunya di bawah kepimpinan Muhyiddin membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia iaitu HSR KL- Singapore.

“Siasat juga kenapa HSR KL-Singapore dibatalkan kerajaan Muhyiddin untuk digantikan dengan KL-JB yang menggunakan teknologi ERL,”ujarnya.

Selain itu, beliau juga mendedahkan kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM320 juta kepada Singapura.

“Selain kerajaan bayar pampasan RM320 juta pada Singapura, kerajaan Muhyiddin juga sedia bayar pampasan RM5.7 bilion ke RM7.7 bilion pada syarikat ERL milik YTL,”dedah Najib.

Anwar pun retweet post Najib

Difahamkan, ciapan berkenaan mendapat perhatian Perdana Menteri terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbul lagi satu dakwaan pula dah?! Tapi, persoalan sekarang siapa ambil alih akaun Twitter Najib Razak memandangkan beliau sekarang sedang berdepan dengan hukuman penjara?

Terdahulu, Muhyiddin Yassin mengatakan terdapat segelintir pihak mendakwa beliau menyeleweng dana kerajaan bernilai RM600 bilion. Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan berkenaan selain bersiap sedia untuk mereka menjalankan siasatan terhadapnya.

Sumber: Twitter @NajibRazak

About admin

Check Also

Bapa Pemain Ditamp4r Harap Jurul4tih Dikekalkan -“Kami Kenal Cikgu Hadee”

Sejak video seorang jurulatih menampar beberapa peserta remaja di satu kejohoan bola tampar tular di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *