Dia kini sukar bergerak..”- Mohon Doakan Datuk Nash, Menantu Bawa Ke Hospital & Disahkn Ini Berlaku

Menerusi perkongsian di laman Facebook, penyanyi Datuk Nash, 63, telah berkongsi mengenai keadaannya yang terkini dimana dia sukar bergerak akibat tersalah urat.

Dalam masa sama, Nash turut meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya agar dia kembali pulih. Jelas Nash, dia baru pulang dari Sarawak semalam dan terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di sini.

Saya datang agak lewat sikit. Sebelah malam pula ada lagi satu jemputan kahwin Aizat di Bandar Sungai Long, Kajang. Itu yang macam nak cepat-cepat siap.

“Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya ‘cramp’ (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib terpaksa guna kerusi,” tulisnya.

Menurutnya lagi, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantu menghantarnya ke sebuah hospital di Shah Alam.

“Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega. Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakhbar, doakan saya cepat sembuh ya. Banyak lagi tugasan yg belum selesai. Amin,” katanya.

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *