Connect with us

Hiburan

Berdepan hkmn pnjara 20 tahun, Siti Bainun bgi alasan ada ‘operation’ tngguh prosiding, sekali ini jwpn diberi pihak mhkamah.

Published

on

Sekitar 2 minggu lalu, Siti Bainun diarahkan membela diri terhadap 2 pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down bernama Bella di rumah kebajikannya. Justeru, dirinya dan 4 lagi saksi pembelaan dipanggil untuk beri keterangan bermula hari ini hingga 9 Disember nanti.

Peguam mohon prosiding ditangguhkan kerana Bainun perlu jalani 2 operation bulan ini.

Siang tadi, peguam bela Siti Bainun membuat permohonan agar prosiding ditangguhkan. Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor berkata, pengasas Rumah Bonda itu telah dimasukkan ke pusat perubatan pada 28 November lalu. Selain itu, dia juga perlu menjalani 2 sesi operation pada bulan ini membabitkan masalah paru-paru (kelmarin) dan juga hempedu (Khamis ini).

Surat yang telah diserahkan pada mahkamah tak maklumkan bila operate.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad membantah permohonan itu mengikut notis usul yang difailkan melalui afidavit jawapan pada Jumaat lalu. Malahan, surat bertarikh 2 Disember yang sudah diserahkan kepada mahkamah juga tidak memaklumkan tentang tarikh operation bakal dilakukan.

Pihak responden (pendakwaan) sudah menjawab dan kami bergantung kepada afidavit jawapan untuk bantah penangguhan berkenaan yang bersifat remeh, mengaibkan, menyusahkan serta bertujuan melengah-lengahkan perbicaraan kes,”

Permohonan ditolak…didapati ada penyalahgunaan proses mahkamah.

Susulan itu, Hakim menolak permohonan tersebut selepas mendapatinya sebagai salah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Selain meminta dokumen dan penjelasan lanjut daripada peguam, semakan notis usul pula akan didengar Khamis ini tanpa kehadiran Siti Bainun.

“Kesimpulannya saya dapati tiada keadaan khas atau istimewa dalam kes ini dan tindakan permohonan bagi penggantungan prosiding di
mahkamah ini bagi kes ini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

“Oleh demikian permohonan pemohon (Siti Bainun) adalah dengan ini ditolak.”

“Saya memerlukan penjelasan untuk menggunakan budi bicara untuk penangguhan.

“Tiada dokumen dan sijil cuti sakit (MC) tetapi ada pengesahan surat masuk wad akibat masalah kesihatan. Selanjutnya saya memerlukan dokumen
dan penjelasan lanjut daripada peguam, maka prosiding berkaitan itu bersambung jam 2.30 petang ini.”

Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu (2022) dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah mangsa iaitu Bella, pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Selain itu ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima. Siti Bainun menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : harianmetro, kisahdunia, buletin3

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Yang Fitnah Dah Minta Maaf? Nanti Dekat Kubur Merangkak Cari Aku” – Mira Nafi Jadi Punca View Chin & Ah Moi Cerai

Published

on

By

Baru-baru ini, tular video di laman Facebook memaparkan influencer sensasi bernama Mira menjawab persoalan netizen mengenai konflik di antara View Chin dan isterinya, Ah Moi.

Menurut Mira ataupun nama sebenar Amirah Firdaus, tidak semua yang didedahkan oleh isteri usahawan tersebut adalah benar dan dia juga mempunyai cerita tersendiri, namun pilih untuk tidak memberitahu kepada umum.

Sewaktu netizen mendakwa dirinya adalah skandal View Chin, Mira membetulkan individu tersebut dengan berkata bahawa jejaka tersebut adalah teman lelakinya.

Dalam pada masa yang sama, Mira bertanya kepada netizen sama ada sudah memohon maaf kepada dirinya ataupun belum kerana sudah menabur fitnah.

Bahkan, wanita tersebut turut bertegas bahawa dia bukan punca pasangan itu bercerai dan mula menjalinkan hubungan dengan View Chin setelah lelaki itu berpisah dengan isterinya.

Sekadar info, nama Mira mula menjadi sasaran kecaman netizen setelah didakwa menganggu rumah tangga View Chin dan melakukan hal terkutuk dengan influencer tersebut.

Sumber:Beautifulnara

Continue Reading

Hiburan

Dah ada geng! Ramai terhibur lihat konten Adira Suhaimi dengan madu tersayang

Published

on

By

Keakraban penyanyi Adira Suhaimi atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi bersama madunya, Datin Red sentiasa menjadi inspirasi ramai terutamanya dalam golongan wanita.

Mana tidaknya, mereka telah menjadi contoh bahawa hidup bermadu tidak menjadi asbab putusnya sesebuah silaturahim demi menjaga kebahagiaan rumah tangga meskipun berkongsi kasih sayang.

Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Adira di laman TikToknya, dia telah membuat konten bersama madunya telah mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, pada kebiasaan selebriti yang berusia 32 tahun itu sering membuat konten bersama anak-anaknya namun, pada kali ini agak berbeza berbanding dengan sebelum ini.

Maduku bukan madumu

Dalam video berdurasi pendek itu, Adira sedang berjalan-jalan bersama madunya di sebuah lorong kecil sambil mengunyah gula-gula getah beserta kapsyen ‘maduku bukan madumu’ telah berjaya mencuit hati netizen.

Semoga sentiasa bahagia selalu!

Susulan itu, ramai yang mendoakan agar Adira dan madunya sentiasa bahagia bersama keluarga serta mendapat perlindungan Allah selalu.

Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Sumber: TikTok @Adira Suhaimi

Continue Reading

Hiburan

(VIDEO) Jumpa Jejaka Dari Aplikasi ‘Dating’, Qistina Raisah Dikritik – “Kau Kecik Lagi Dah Gatal!”

Published

on

By

Pelakon remaja, Qistina Raisah menceritakan bahawa dia pernah menyukai seseorang selama dua tahun namun perasaannya itu tidak berbalas.

Enggan terus kecewa, pelakon berusia 14 tahun itu kemudiannya meluahkan rasa teruja apabila dia telah berjumpa dengan seorang jejaka baharu melalui aplikasi ‘dating’.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri dilihat meluangkan masa bersama jejaka berkenaan.So, ni first meet kitorang. Jom teman I jumpa dia, pergi beraya!

Bukan itu sahaja, pelakon drama Papa Ricky itu turut memaparkan momen-momen manis sepanjang perkenalannya dengan jejaka berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai memandangkan Qistina baru berusia 14 tahun.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang apabila wajah jejaka berkenaan seperti sudah berusia 20an dan jauh lebih tua berbandingnya.

Dalam pada itu, ramai juga yang menasihati Qistina agar berhati-hati kerana usianya masih muda dan masih belum sesuai untuk memikirkan soal cinta.

Sumber:Beatifulnara

Continue Reading

Trending