Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri ke -10 dalam masa terdekat.

Seri Paduka Baginda bertitah supaya rakyat bersabar dan bersifat rasional selain perlu bergerak ke hadapan untuk negara tercinta. “Bersabar, terima keputusan rakyat, terima keputusan wakil rakyat dan terima keputusan Yang Dipertuan Agong.

“Itu sahaja, biar saya buat keputusan dalam masa terdekat ini,” titah baginda ketika bertanya khabar pengamal media di hadapan pintu 2, Istana Negara, hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda yang memandu sendiri kenderaan masuk semula ke Istana Negara selepas meninggalkan Istana pada jam 12.07 tengah hari. Baginda turut bertitah, baginda tidak boleh mendedahkan kerana tidak menerima makluman terbaru.

“Saya baru balik, nak tengok siapa ada majoriti, mudah-mudahan Insya-Allah,” titah baginda. Istana Negara terus menjadi tumpuan apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 2 petang ini.

 

Ketua parti dijangka dipanggil untuk menghadap bagi Seri Paduka mendapatkan kepastian sendiri daripada mereka mengenai pendirian gabungan blok parti. Berbaki kurang empat jam sebelum tamat tempoh untuk parti politik menghantar jumlah gabungan dan calon untuk jawatan perdana menteri, Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima satu lagi surat akuan berkanun (SD) membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan media pada Selasa. “PN telah menerima satu lagi surat akuan berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Pengerusi PN, Tan Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. “Surat akuan berkanun ini telah dihantar ke Istana Negara pagi ini,” katanya.

Pada Isnin, Istana Negara mengumumkan tarikh akhir untuk parti politik menghantar nombor gabungan dan calon untuk jawatan perdana menteri ditangguhkan kepada 2 petang Selasa.

Bagaimanapun, PN memaklumkan sudah menghantar SD kepada Istana Negara untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendakwa memperoleh sokongan 112 ahli Parlimen. Sumber Hmetro.

About admin

Check Also

“Knapa baru sekarang..msalah ini sejak empat tahun lalu..yang dia mahukan lagi..” Baru je Syamsul dkwa Sarah ada Hubungi Bkas teman lelaki. Sarah dedah sesuatu

Isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *