“Takkan Kita Tak Layan..”- Akhirnya Ismail Sabri Buat Keputusan Ini Lepas Bertemu Datuk Anwar

Kuala Lumpur: “Tidak ada pertemuan dengan Pakatan Harapan (PH),” kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ringkas selepas tamat sesi sidang media membabitkan 26 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pacific, di sini, pagi ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat bercanggah apabila kehadiran beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di lokasi sama sejak jam 10 pagi lagi.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, mereka juga belum menandatangani Akaun Bersumpah (SD) bagi memilih calon Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan persekutuan.

“SD tak ‘sign’ lagi. Tetamu (PH) datang sini, takkan tak layan. Kita borak-borak, salam-salam. Macam biasa.

“BN akan meminta penangguhan penyerahan SD kepada Speaker Dewan Rakyat,” katanya.

Hanya MT boleh tentukan pembentukan kerajaan dengan PH’ – Ismail Sabri

“Hanya Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) boleh membuat keputusan berhubung pembentukan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Harapan (PH),” kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai rundingan antara PH dan BN bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Menurutnya, Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan biro politik tidak mempunyai hak untuk memutuskan mengenai perkara itu.

“Presiden tiada hak, biro politik pun tiada hak. Hanya MT BN saja boleh membuat keputusan,” katanya yang ditemui di perkarangan Hotel Seri Pacific, di sini, pagi ini.

Beliau bersama beberapa kepimpinan BN dilihat tiba di Hotel Seri Pacific, di sini dipercayai bagi mengadakan pertemuan dengan wakil PH bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan campuran.

Ketika ditanya mengenai jemputan pertemuan ini, beliau berkata, mereka dijemput oleh Setiausaha Umno Pahang.

“Semua Ahli Parlimen Pahang, dijemput,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut.

Begitu juga dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya memberikan senyuman kepada petugas media.

About admin

Check Also

Ayah minta maaf nak..”- Lelaki Meraung, Anak, Isteri & Orang Tua Mnigg4l Dlm Kem4langn

Siapa sangka, kegembiraan sekeluarga untuk menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluara tersayang diakhiri dengan tangisan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *