Rakyat t0lak selebriti, Semua artis bertanding PRU15 tew4s ada yang ramai tldak sangka

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan empat artis bersaing untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen pulang hampa apabila masing-masing tewas di kawasan bertanding masing-masing.

Bagaimanapun, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando yang bertanding mewakili parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Parlimen Tanjong Karang boleh dikatakan paling cemerlang, berbanding selebriti lain dengan mendapat 3,557 undi. Pengarah, Datuk Jurey Latiff yang bertanding atas tiket PKR di bawah Pakatan Harapan di Parlimen Lenggong tewas kepada calon Barisan Nasional apabila meraih 3,382 undi.

Dua lagi calon mewakili Pejuang iaitu Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertanding di Parlimen Port Dickson meraih 1,084 undi, manakala Datuk Seri Eizlan Yusof yang mencuba nasib di Parlimen Sabak Bernam hanya mampu mendapat 460 undi serta kehilangan wang deposit RM10,000. Perkembangan itu membuktikan populariti yang dimiliki barisan selebriti ini langsung tidak mempengaruhi sentimen rakyat untuk mengundi mereka.

Semalam, Eizlan turut memaklumkan akan tetap bekerja untuk penduduk Sabak Bernam atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya tewas di kerusi yang menyaksikan persaingan empat penjuru. Sumber luminews.

Eizlan turut kalah di Sabak Bernam. Untuk rekod, beberapa artis sebelum in pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum termasuklah penyanyi Aishah, Herman Tino dan Dayangku Intan. Aishah pernah bertanding pada Pilhan Raya. Umum ke-13 (PRU13) bertanding kerusi. Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili Parti Pas menentang calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Penyanyi lagu Janji Manismu itu bagaimanapun gagal merebut kerusi berkenaan apabila Mohd Isa menang dengan majoriti 8,614 undi.

Manakala Herman atau Marsun Tams pernah bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi. Parlimen Tanjung Karang pada PRU13 menentang Tan Sri Noh Omar dari BN dan Pas, Mohamad Rashdi Deraman. Ahmad Idham bertanding di Port Dickson. Kerusi itu dimenangi oleh Noh dengan 20,548 undi dengan Herman hanya mendapat 340 undi serta hilang wang pertaruhan. Dayangku yang mewakili PKR pada PRU13 di Parlimen Pengerang turut kalah ditangan calon BN, Datuk Seri Azalina Othman.

Untuk rekod, proses membuang undi PRU15 bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang bagi Semenanjung dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Sabah dan Sarawak

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *