Baru Je Smlm Abg Mninggal, Sekali Ini Pula Berlaku & Ini Permintaan Zamani Kpda Org Ramai

Kuala Lumpur: Penyanyi, Zamani Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam urusan rawatan dan pengebumian jenazah abangnya, Allahyarham Zulfazil Ibrahim yang meninggal dunia malam kelmarin. Menerusi hantaran di Facebook, Zamani turut berkongsi mengenai majlis pengebumian berkenaaan.

“Seperti yang dimaklumkan terdahulu, abang saya, Zulfazil Ibrahim meninggal dunia pada 18 November 2022, jam 10.20 malam. Dengan berkat doa semua, urusan pengebumian arwah selamat dilaksanakan dengan sempurna di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Subang.

“Saya mewakili keluarga arwah abang saya, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dengan urusan rawatan dan pengebumian.

“Kepada pihak Hospital Sungai Buloh, ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, tak lupa juga kepada semua kenalan dan peminat yang mendoakan arwah dan kemudahan untuk kami sekeluarga. Semoga Allah merahmati anda semua,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Zamani turut meminta andai sesiapa yang punya urusan tertangguh dengan arwah abangnya, boleh menghubunginya atau waris arwah.”Jika ada urusan arwah abang saya yang masih tertangguh dengan mana-mana pihak, saya dengan rendah hati meminta anda untuk maklumkan kepada saya atau Aqmal Iqram Zulfazil (anak sulung arwah)

Mohon maafkan segala salah silap semasa hidupnya dan halalkan pemberian kepadanya, zahir dan batin. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa untuk arwah dan semua yang terdahulu meninggalkan kita,” tulisnya.

Terdaulu, Abang kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Zulfazli Ibrahim meninggal dunia pada malam tadi.  Perkara ini disahkan oleh kenalan Zamani iaitu Mazrie dan juga Ahmad Naqiuddin.  Malah berita sedih ini turut dikongsi oleh penyanyi terbabit menerusi media sosialnya.

“Assalamualaikum… Dukacita saya dan keluarga ingin memaklumkan bahawa abang saya, Zulfazli Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir baru sebentar tadi. Mohon dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan doakan urusan arwah dipermudahkan,” tulisnya.

Ahmad Naqiuddin atau Naqee ketika dihubungi berkata, sebaik mendapat berita itu dia segera menghubungi Zamani.

“Ketika itu mereka (Zamani dan isterinya Nur Juliana) dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh kerana jenazah berada di sana.

“Zamani bagaimanapun tidak benarkan saya ke sana buat masa ini. Dia janji akan bagi info lengkap pada pagi nanti.

“Saya sendiri pun terkejut dengan berita ini,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan Zulfazli ada melawat Zamani sebelum adiknya menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis di Sunway Medical Centre Velocity, Cheras pada 7 November lalu.

Terdahulu Zamani kehilangan kakaknya Zuraidah Ibrahim pada 26 September akibat komplikasi buah pinggang.

Jenazah Zuraidah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat, Kuala Lumpur.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *