Aksl santai lelaki pangkah undi buat ramai terhibur

Pelbagai kerenah rakyat Malaysia yang keluar mengundi pada hari ini. Ada yang memakai kostum-kostum menarik dan ada juga yang bergaya dengan pakaian tradisional. Walau apa pun gelagatnya, mereka semua harus dipuji kerana keluar mengundi untuk masa depan negara. Silang kaki beb. Namun, satu video seorang lelaki sedang membuang undi yang berjaya dirakam telah mendapat perhatian ramai.

Kerana dia seolah-olah sedang memikir keras untuk memangkah calon yang ada di kertas undi. Perkongsian yang dibuat oleh @eypul0308 telah membuatkan netizen berdekah kerana masing-masing telah membuat andaian sendiri tentang gelagat lelaki itu. Mungkin dia ikut arahan lembaga peperiksaan kot. Dengan mengangkat kaki dan bergoyang-goyang, lelaki tersebut kelihatan begitu tekun memangkah.

Dan tidak menghiraukan orang sekeliling. Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai komen lucu daripada netizen. Ada di antara mereka berseloroh mengatakan yang mungkin lelaki itu sedang menjawab soalan peperiksaan dan ada juga mengatakan yang dia terlupa bawa kalkulator. “mungkin dia ikut arahan lembaga peperiksaan ..1jam 30 minit..” “Dia tengah menentukan masa depan negara tu”

Dia dapat kertas penulisan ka apa??? kena karang” “jawapan dia atas skali bang, tak payah pening” “Dia tengah buat kira? dengan jari ni…pangkah tak, pangkah tak, pangkah tak…dengar khabar, sekarang ni pun masih duk situ lagi sebab tak habis kira” Sumber ohmy media.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *