Mummy tidvr dengan boyf…” -Adam Shahz kongsi perbualan dengan anak

Perbalahan antara pelakon Adam Shahz dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa seakan belum berakhir apabila masih ada lagi luahan atau posting di media sosial menyentuh antara satu sama lain.

Katanya punca sukar jumpa anak

Ingatkan ‘drama’ antara mereka sudah surut, ternyata masih ada lagi rentetan daripada itu apabila Adam memuat naik video perbualannya dengan anak mereka iaitu  Ivy Herra Sophia.

Dalam perkongsian tersebut, dia menyatakan punca mengapa dia sukar untuk bertemu dengan anaknya. Menurut Adam, boleh jadi bekas isteri takut kanak-kanak tersebut mengadu perihal kelakuannya di rumah.

Tanya soalan pelik2

Dalam perbualan tersebut, Adam bertanyakan situasi Ivy yang tidak tidur dengan ibunya tetapi dengan abangnya, Adam Aisy Arrian.

“Habis tu you tidur dengan mommy?
Kadang-kadang tidur dengan mommy tapi kebanyakan masa tidur dengan Ayyan (Arrian) dalam bilik lain sebab mommy suruh.” ujar Ivy.

Disebabkan jawapan itu, Adam bertanyakan lagi ibu kepada kanak-kanak berkenaan tidur dengan siapa jika tidak tidur dengannya.

“Lepas tu, mommy tidur dengan siapa?
Dengan mommy punya boyf…..” tutur Ivy lagi.

Ramai tak setuju dengan Adam

Walau bagaimanapun, perkongsian pelakon drama Juvana itu menerima respon kurang senang dari netizen susulan tindakannya yang bertanya perihal isu tersebut kepada kanak-kanak.

Lebih membuatkan netizen pelik, Adam memuat naik video terbabit selepas tularnya Insta Story Fatin Afeefa yang dikatakan bertunang.

Budak kadang suka reka cerita

Kebanyakkan mereka mengatakan kanak-kanak memang tidak pandai berbohong tetapi mereka kadang kala bercakap sekadar apa yang mereka ingin ucapkan. Boleh jadi apa yang dikatakan adalah rekaan semata sekadar ingin berborak dengan bapanya.

Dalam pada itu, ada netizen meminta Adam berhenti bercerita tentang keburukan bekas isteri dan mengakhiri perbalahan tersebut kerana ia akan menjadikan masalah mereka semakin memburuk.

Apa tanya macam tu dengan budak2

Orang tu tunang tiba2 up video macam ni

Budak2 jangan tanya banyak kali

Jangan percaya sangat lah bang

Sumber:OMM

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *