Ajar qariah teknik pernafasan, peminat doa Datuk Syafinaz diberi pahala berganda

Beberapa video Datuk Syafinaz Selamat mengajar teknik pernafasan yang betul buat qari dan qariah dalam satu kelas tarannum baru-baru ini sememangnya menarik perhatian ramai.

Biasanya, kita sering lihat selebriti yang juga pensyarah muzik ini menjadi juri dalam pertandingan nyanyian, namun tidak sangka beliau turut terlibat dalam kelas bacaan al-Quran buat para qari dan qariah.

Bersungguh curah ilmu

Dalam satu video yang dikongsikan peminat beliau di akaun TikTok, dapat dilihat Datuk Syafinaz dengan bersungguh-sungguh mengajar teknik pernafasan yang betul buat peserta yang mengikuti begkel tersebut.

Menerusi video itu, qariah berkenaan telah mengikuti saranan guru vokal terbabit dan bacaan tarannumnya terdengar lebih baik.

Banyak pahala Tok Naz bertahun2 mengajar

Perkongsian daripada akaun @syafinazselamat.fans itu berjaya menarik perhatian ramai dan kebanyakan mereka meninggalkan komen dengan memuji ilmu yang  diperoleh diberikan kepada orang ramai tidak hanya kepada golongan penyanyi sahaja.

Mereka juga mendoakan agar Datuk Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah memperbetulkan teknik pernafasan dalam tarannum mereka agar terdengar lebih baik dalam mengalunkan ayat suci al-Quran.

Semoga jadi asbab pahala jariah

Ilmu bermanfaat bukan untuk menyanyi je

Bangga dengan Datuk

Memang guru vokal terbaik!

Semoga Allah merahmatinya

Nampak kesungguhan beliau mengajar

Ustazah yang mengikuti bengkel di Akademik Tarannum Negeri Sembilan itu turut mengakui sangat berterima kasih dengan ilmu yang dicurahkan dan memberikan 5 bintang ke atas kelas kelolaan Datuk Syafinaz.

Sumber:OMM

PERHATIAN: Pihak kamitidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *