Dia Ada Di Kmpung Sy Skrg..”- Akhirnya Terjawab Punca Hafiz Tarik Diri Dari Separuh Akhir Muzik2

Hasrat peminat bagi melihat Hafiz Suip di Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37) tidak kesampaian apabila penyanyi itu memilih untuk menarik diri atas sebab tidak dapat dielakkan. Memetik laporan Harian Metro, pengurus Hafiz iaitu Am berkata, dia memaklumkan agak sukar bagi menghubungi penyanyi berusia 32 tahun itu ketika ini (dua hari lalu).

“Saya kirim mesej WhatsApp kepada dia dan setakat ini masih belum dapat balasan lagi. Buat masa sekarang, dia sukar untuk dihubungi. “Memang kebetulan pada SFMM37 kali ini, Hafiz tak dapat ikut serta beraksi kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkannya. “Dia pun mohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagunya yang dicalonkan itu,” kata Am.

Disebabkan perkara tersebut, timbul spekulasi mendakwa penyanyi lagu Kisah Cinta Kita itu kini menyertai jemaah tabligh sehingga membuat keputusan untuk tidak beraksi di pentas SFMM37.Menerusi ruangan komen di Facebook Harian Metro, beberapa individu mendakwa mereka ternampak Hafiz bersama jemaah lain di sekitar Kemaman, Terengganu.

Berikutan dakwaan itu, netizen lain meluahkan rasa syukur serta mendoakan penyanyi berkenaan dipermudahkan segala urusan.

Jumpa dia ikut tabligh di Kemaman

Tengah berdakwah? Ada je di kampung saya sekarang

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan berhubung dakwaan ‘keluar 40 hari’ daripada Hafiz setakat ini. Untuk makluman, dia sepatutnya menyanyikan lagu Berakhir Pencarianku bersama Ernie Zakri di SFMM37 pada hujung bulan ini tetapi digantikan oleh Ahmad Syafiq dan Wani Kayrie.

Sejak dua tahun lalu, kisah Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip yang mendalami ilmu agama sering dilaporkan media sehingga ramai memuji usahanya berada di jalan Allah SWT. Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin) , Instagram Hafiz Suip

Kuala Lumpur: Penyanyi Hafiz Suip, 32, menarik diri dari pentas Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37) pada hujung November ini kerana terikat dengan urusan peribadi yang penting dan tidak dapat dielakkannya.

Pengurusnya yang dikenali sebagai Am berkata, dia selaku pengurus juga agak sukar untuk menghubungi Hafiz ketika ini. “Saya kirim mesej WhatsApp kepada dia dan setakat ini masih belum dapat balasan lagi. Buat masa sekarang, dia sukar untuk dihubungi.”Memang kebetulan pada SFMM37 kali ini, Hafiz tak dapat ikut serta beraksi kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkannya. Dia pun mohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagunya yang dicalonkan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Hafiz sepatutnya berganding dengan Ernie Zakri untuk menyanyikan lagu duet, Berakhir Pencarianku. Am berkata, jika ada rezeki lagu itu layak dipilih bertanding di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) nanti, Hafiz mungkin akan ikut serta. “Cuma, sekarang untuk SFMM37, masa tidak kena.

Terdahulu, berita Hafiz tarik diri dari SFMM37 dimaklumkan Nova Music (M) Sdn Bhd menerusi satu kenyataan. Disebabkan Hafiz yang tidak dapat memberi komitmen, Nova Music turut menggantikan tempat Hafiz dengan penyanyi, Ahmad Syafiq, manakala Ernie digantikan dengan Wani Kayrie.

Berakhir Pencarianku dicipta Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh. Sebanyak 30 lagu dipilih berentap di SFMM37 yang bakal berlangsung selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 November ini jam 3 petang.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *