Baru 2 bulan bernikah, Ini yg terjadi pada penyanyi Salamiah Hassan selepas 10 hari kehilangan suami tercinta.

Penyanyi senior, Salamiah Hassan semalam telah meluahkan rasa rindunya terhadap allahyarham suami, Gerald Hughes atau Gerry yang telah meninggal dunia pada 4 November 2022 lalu.

Selepas 10 hari pemergian

Selepas 10 hari pemergian allahyarham, Salamiah akhirnya memuat naik gambar ketika dia melawat pusara Gerry dengan ditemani anaknya, Atilia Haron.

Rindu allahyarham suami

Penyanyi lagu Gelombang itu juga sempat menulis ringkas yang dia amat merindui suaminya sambil berkongsi gambar pusara Gerry yang diletakkan kuntuman bunga diatasnya.

Untuk makluman, allahyarham Gerry telah menghembuskan nafasnya disebabkan kanser kolon di Tasmania, Australia. Allahyarham telah meninggal dunia pada usia 68 tahun selepas dua bulan bergelar suami kepada Salamiah.

Jumpa adik beradi tiri

Menjengah ke ruangan Instagram Atilia, dia yang baru dua hari berada di Australia telah datang ke negara tersebut untuk menemani ibunya termasuklah bertemu dengan anak-beradik tirinya di sana.

Selain daripada itu, Atilia juga sempat berkongsi momen melalui kawasan pantai dan membawa ibunya ke pasar untuk mereka masak bersama.

Datang ke Australia gembirakan ibu

Untuk rekod, penyanyi penyanyi berusia 71 tahun itu telah bernikah dengan Gerry Hughes yang berasal dari Liverpool pada 1 September 2022 dan memilih untuk menetap di Australia selepas bergelar pasangan suami isteri.

Mereka sebenarnya sudah berkenalan sejak 15 tahun lalu dan telah mendirikan rumah tangga dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.

Sumber: Instagram Salamiah Hassan, Atilia Haron

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *