Ramai yang tk tahu, banyak minum susu mengundang kutu” Kata2 beliau buat ramai keIiru

Sepanjang minggu lalu, nama pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah menjadi topik utama selepas dia mengeluarkan kenyataan ‘mendayuskan’ para suami kerana membenarkan doktor lelaki melihat aurat isteri mereka sewaktu bersalin. Bukan itu sahaja, Ustazah Siti Afifah juga ‘panas’ apabila dia mengatakan seseorang yang bersalaman dengan golongan artis berbanding para ulama boleh menyebabkan kehilangan roh dan jiwa. Belum reda dengan isu berkenaan.

Netizen dilihat ‘geledah’ setiap video dikongsikan oleh ‘pendakwah’ berkenaan sehingga tertarik pada satu perkongsian yang mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu. “Ramai orang tidak tahu, antara punca kutu ialah minum susu yang berlebihan,”katanya menerusi video dimuat naik di laman TikTok. Dalam masa sama, Ustazah Afifah juga menasihati orang ramai sudah mengelakkan diri daripada minum susu kerana ia berisiko mendapat jangkitan berkenaan.

Kejap pakar makan, kejap ustazah, kejap doktor
Seperti biasa, video yang dimuat naik itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata menyoalkan kredibilitinya dan kesahihan maklumat tersebut memandangkan dia bukanlah seorang doktor kesihatan atau pakar pemakanan. Anak aku minum susu takde pulak kutu
Malah, ramai mengatakan mereka sendiri tidak pernah mengalami situasi dijangkiti kutu dengan hanya meminum susu berlebihan selama ini.

Kutu apa ni? Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh mengenai ‘kutu’ yang dimaksudkan oleh wanita itu. Terdahulu, penceramah motivasi, Amin Idris telah mendedahkan bahawa ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain. Oleh itu, dia berharap agar orang ramai berhati-hati menerima sebarang maklumat yang menyentuh isu. Susulan ini, Ustazah Siti Afifah mengeluarkan kenyataan mendakwa seorang golongan suami ‘dayus’.

Jika benarkan doktor lelaki uruskan isteri bersalin. Meskipun pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai dakwaan tersebut namun kenyataan UAI itu dibidas semula oleh Ustazah Afifah. Sumber Ohmy media. Tonton klip penuh di bawa.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *