Cerita Pada Satu Dunia Gaji Pemandu Lori Boleh Dapat RM10Ribu. Sekali Lelaki Ini Dedahkan Perkara Sebenar

Tak dinafikan, bekerja sebagai seorang pemandu lori merupakan satu pekerjaan yang sangat sukar dan berisiko tinggi. Lebih menyedihkan apabila ada segelintir masyarakat beranggapan mereka yang bekerja sebagai pemandu lori terdiri daripada ‘golongan yang malas belajar’.

Baru-baru ini, isu berhubung ‘pilot darat’ telah menjadi bualan netizen di media sosial selepas munculnya satu artikel mengenai pendapatan bulanan pemandu lori yang dikatakan mencecah sehingga RM10,000.

Isu tersebut turut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya seakan ‘teruja’ dengan jumlah pendapatan tersebut.

Susulan daripada itu, seorang lelaki tampil menceritakan realiti sebenar pekerjaan sebagai seorang pemandu lori.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki ini seakan tidak bersetuju dengan sikap segelintir pemandu lori yang mencanang satu dunia mengenai pendapatan mereka yang dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit sedangkan itu bukanlah realiti sebenar yang diterima setiap bulan.

Gaji RM10k ke RM20k ke hang berceritalah. Yang realitinya boleh ke maintain RM10k tiap-tiap bulan. Setahun dapat sekali, cerita satu dunia. Tapi yang dapat RM3,000 dan RM4,000 tiap bulan hampa tak mahu cerita.

Tambahnya lagi, sikap tersebut secara tidak langsung akan menimbulkan masalah serta tanggapan buruk orang ramai termasuk pengguna jalan raya terhadap pemandu lori.

Benda macam ni kalau hampa cerita ada kebaikan, ada keburukan. Kebaikan adalah pandangan masyarakat terhadap kita. Keburukan dia, bila sesuatu berlaku kemalangan atau apa, orang salahkan driver lori kejar trip.

Minta maaf mana yang terasa. Aku bukan nak pertikai gaji orang, tapi aku nak pertikai tak semua benda kita boleh cerita.

Bukan kita cemburu dengan gaji orang dapat RM10k RM20k tapi kalau orang yang faham, dia tahu kenapa aku cakap macam tu.

VIDEO:

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen dan pemandu-pemandu lori yang bersetuju dengan pandangan lelaki ini.

Respon netizen

Sumber: TikTok Didikanton89 via Oh Bulan

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *