Dia ada cakap dia depression, sebab dia jumpa balik…” Akhirnya Kawan baik dedah apa mesej terakhir Arwah Syazlin…

Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang menyayat hati apabila pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri, semalam.

Tak perlu buat andaian

Rakan Allahyarhamah Syazlin, Aida Husnina berharap agar orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian rakannya itu kerana bimbang boleh menjatuhkan fitnah.

Yang mana dah baca kenyataan rasmi tu betul lah tu. Tak perlu buat andaian itu ini.

Stop sebarkan benda yang boleh menjatuhkan fitnah. Saya tahu benda betul.

Lebih mengejutkan, ada individu yang mengakui bahawa dirinya adalah teman rapat kepada Syazlin mendakwa arwah dipukul oleh teman lelakinya iaitu seorang penyanyi rap kumpulan tempatan.

Update di Twitter and everywhere cakap ‘bf arwah pukul apa bagai sebab tu arwah buat tindakan macam tu’ adalah tidak benar.

Kalau betul kenapa bf arwah masih berada dengan jenazah sampai sekarang. Polis buat postmortem 24 jam. Postmortem tak boleh tipu. Kalau betul mesti ada kesan kat badan. Pasukan forensik pergi rumah dia. Memang ada kesan bukti apa.

Jenazah dalam perjalanan

Difahamkan, teman lelaki arwah memberitahu bahawa mereka baru sahaja selesai solat jenazah dan sedang dalam perjalanan untuk ke Keramat, Kuala Lumpur untuk dikebumikan.

Kitaorang baru selesai solat jenazah. Sekarang ni dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Kami akan pergi ke rumah arwah dekat Keramat dan kebumi dekat area situ jugak.

Dalam pada itu, dia meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk arwah serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Doa yang baik untuk arwah ya. Apa yang Aida boleh cakap depression is real.

Sama-sama kita doakan untuk arwah. Stop sebarkan benda tak betul.

Di Instastory

Ohbulan

Kubur Syazlin masih merah lagi..” Teman Lelaki Syazlin pula muat naik satu perkongsian undang hiba…

Teman lelaki kepada Allahyarhamah Syazlin Zainal, Shaf Pablo mengakui berat untuk menerima takdir bahawa kekasihnya itu telah pun pergi mengadap ilahi pada 10 November lalu.
Menerusi muat naik di IG Stories, Shaf akui reda dengan takdir ilahi selain dirinya tidak sekali melupakan setiap kenangan manis dan pahit yang diharungi bersama Allahyarhamah.

“Terima kasih untuk segalanya sayang, saya takkan lupakan semua kenangan manis, suka duka dan gembira kita bersama.

Allah pinjamkan awak dekat saya betul-betul sekejap, saya kena terima setiap yang hidup mesti akan merasa mati.
“Siapa lah saya untuk menolak takdir, qada dan qadar. Walaupun berat, saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Shaf berkata dirinya akan berusaha meneruskan hidup sebaik mungkin tanpa kekasihnya lagi disisi.

“Sayang, percayalah saya akan sedaya upaya untuk harungi liku kehidupan ini berseorangan tanpamu sayang, tapi semangat dan sayang akan saya bawa bersama sampailah tiba masa saya pun ke sana kelak (alam mati).

“Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalngan orang yang beriman. Tenanglah sayang, kekasihmu ini akan selalu merindui mu, Syazlin Suhaizan Zainal. Al-fatihah,” tambahnya.

Terdahulu, Shaf yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat yang mana tempat Allayarhamah disemadikan malam tadi, enggan untuk ditemubual pihak media kerana terlalu sedih.

Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan selebriti turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allayarhamah.

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *