P0lis percaya Syazlin Zainal jatvh dari tingk4t 22 pangsapuri sebelum men|ngg4l

Pemergian pelakon dan juga influencer media sosial, Syazlin Zainal, 26 semalam telah mengejutkan ramai rakan artis dan juga para peminat yang mengenali wanita terbabit.

Namun begitu, punca kematiannya sama sekali tidak didedahkan dan hanya diketahui meninggal dunia di Johor Bahru.

P0lis sahkan influencer jatvh bangun4n

Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan yang influencer berkenaan telah ditemui meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar semalam.

Ujar beliau, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang penemuan m4yat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri tersebut kira-kira 12.50 tengah hari itu.

Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pel4kon sambilan.
“Hasil siasatan awal mendapati, sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya.

Menerusi siasatan yang dilakukan pihak berkuasa, tiada sebarang unsur jenayah ditemui  dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Saksi diminta tampil bantu siasatan

Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga.

Walau bagaimanapun, pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.

Terdahulu, berita berkenaan pemergian Syazlin telah dikongsikan di media sosial terutamanya di Instagram dan Twitter oleh kenalannya.

Dia yang pernah membintangi beberapa drama seperti Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

Sumber: Harian Metro (Izz Laily Hussein)

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *