Beza usia 23 tahun, pemuda niat nak tolong bahagia nikahi ibu tungg4l anak 5

Wanita berkahwin dengan lelaki lebih berusia itu perkara biasa. Tetapi, dengan berjalannya waktu, lelaki berkahwin dengan wanita yang berbeza jauh usianya bukan lagi satu perkara asing atau perlu diperdebatkan.

Beza usia 23 tahun

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda di TikTok apabila menceritakan kisah bagaimana dia tergerak hati menyunting isteri tercinta untuk dijadikan suri di hatinya walaupun jarak usia mereka adalah 23 tahun.

Menerusi TikTok @geemie8599, dia yang lahir pada tahun 1998 telah berkahwin dengan isterinya yang kini sudah berusia 47 tahun.

Niat nak bantu ibu tunggal

Ujarnya, dia hanya berkenalan dengan isteri selama 5 bulan menerusi Facebook dan terus menjadikannya isteri kerana berasa terpanggil untuk membantu wanita berkenaan yang ketika itu merupakan ibu tunggal dengan 5 orang anak yang masih memerlukan perhatian.

Keluarga menerima

Dia yang kini sudah berumah tangga selama 4 tahun akui sangat bahagia lebih-lebih lagi anak-anak tiri sangat menerima kehadirannya sebagai ‘bapa muda’.

Anak2 hormat sebagai bapa walau hampir sebaya

Walau bagaimanapun, pemuda tersebut akui bahawa pada awalnya ada juga perasaan kekok apabila anak sulung isterinya hampir sebaya dengannya, namun dia bersyukur kerana anak-anak tetap menghormatinya.

Dia juga menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang bapa selepas sah bergelar suami kepada ibu mereka.

Kalau dah jodoh…

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata memuji pemuda berkenaan kerana mempunyai niat yang murni dan mendoakan agar mereka sekeluarga hidup harmoni hingga ke akhir usia.

Semoga terus bahagia dan berkekalan

Siapa kita nak menidakkan takdir

Jodoh tu rahsia Allah

Sumber: TikTok @geemie8599

 

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *