Hiburan
Realiti Lain Sebalik Isu LRT Rosak, Lelaki Ini Dedahkan Ada Yang Doakan Anak Staf RapidKL C4cat.

Penutupan perkhidmatan LRT bermula dari laluan Kelana Jaya hingga Ampang Park selama seminggu oleh pihak RapidKL cukup mencetuskan marah ramai pengguna. Tiada amaran awal sempat diberikan, gangguan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) rupanya terjadi sejak 5 November namun berjaya dipulihkan.
Kerosakan terjadi sejak Sabtu namun sudah dibaiki.
Malang sekali, masalah yang sama berulang lagi pada 7 November termasuklah di waktu puncak orang awam sedang pulang dari tempat kerja. Bagi memastikan keselamatan ramai, pihak operator telah mengambil tindakan memberhentikan perkhidmatan LRT Kelana Jaya dan Ampang Park pada jam 10.15 malam.
Kerosakan kali ini, memang dah sampai masa…Benda tu gerak hari-hari
Di saat ramai melampiaskan cacian termasuklah doa negatif untuk petugas RapidKL, seorang pengguna Facebook Syapik Hassan bagaimanapun mendedahkan hakikat lain yang tidak diketahui netizen. Walaupun segala langkah persediaan sudah dibuat dengan baik, kerosakan seperti gangguan ATC tetap boleh terjadi di luar kawalan apalagi jika sistem itu mempunyai usia penggunaan yang lama.
Dari 1999 sampai sekarang, 23 tahun berlalu, ia pertama kali berlaku
Jika anda merasakan perkhidmatan LRT di Malaysia teruk, sebenarnya tren di negara maju lain turut berdepan isu sama yang mana ia boleh terjadi sekali dalam tempoh masa belasan atau puluhan tahun. Tidak dinafikan perkhidmatan yang ditutup itu sangat menyusahkan, namun Syapik berharap agar netizen boleh berfikir sejenak dengan relevan sebelum memberikan kecaman melampau.
Antara komen netizen.
Ziela Ella, Ape pulak salah staf lrt tu smpai nk sumpah2 dorg bagai.. sepatutnya yg ambil untung tiap bulan..a.k.a org atasan yg patut bertanggu gjawap… Jam 11 mlm lrt dah tutup..sepatutnya dah boleh buat check up masa tu.. ni dah rosak teruk smpai seminggu plak tu..staf pulak disalahkan.
Aida Fadzlina Che Mahmood, Adik akak suami isteri kerja RapidKL,sekarang tengah berusaha untuk dapatkan zuriat..setelah hampir 7 tahun bernikah.. Apelah perasaan depa berdua dan staff yg lain bila baca semua ni. Allah Maha Kuasa,semoga Allah tak makbulkan doa doa yang buruk ni.
Mohamad Khairul Mohamad, Pebandingan penulis kelaut ..mana boleh samakan maintenance LRT macam mesin basuh atau peti ais…hahaaha.
LRT ialah sistem yg di bangunkan oleh kerajaan bila sebut sistem setiap inci masalah akan dtg akan tahu lebih awal melainkan bencana alam.
Memang betul semua kenderaan bergerak mahu pun alatan akan rosak,tapi bukan pada kenderaan yng ada penyelengaraan berjadual lagi2 bersistem..
Ok let say la,LRT di jangkakan lagi 10 tahun akan rosak,so pihak pengurusan dah boleh plan cara mengatasi masalah dari awal sama ada tukar slow2 LRT atau gantikan part slow2.( Ini contoh)
Sumber : kisahdunia, FB Syapik Hassan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Hiburan
Yang Fitnah Dah Minta Maaf? Nanti Dekat Kubur Merangkak Cari Aku” – Mira Nafi Jadi Punca View Chin & Ah Moi Cerai

Baru-baru ini, tular video di laman Facebook memaparkan influencer sensasi bernama Mira menjawab persoalan netizen mengenai konflik di antara View Chin dan isterinya, Ah Moi.
Menurut Mira ataupun nama sebenar Amirah Firdaus, tidak semua yang didedahkan oleh isteri usahawan tersebut adalah benar dan dia juga mempunyai cerita tersendiri, namun pilih untuk tidak memberitahu kepada umum.
Sewaktu netizen mendakwa dirinya adalah skandal View Chin, Mira membetulkan individu tersebut dengan berkata bahawa jejaka tersebut adalah teman lelakinya.
Dalam pada masa yang sama, Mira bertanya kepada netizen sama ada sudah memohon maaf kepada dirinya ataupun belum kerana sudah menabur fitnah.
Bahkan, wanita tersebut turut bertegas bahawa dia bukan punca pasangan itu bercerai dan mula menjalinkan hubungan dengan View Chin setelah lelaki itu berpisah dengan isterinya.
Sekadar info, nama Mira mula menjadi sasaran kecaman netizen setelah didakwa menganggu rumah tangga View Chin dan melakukan hal terkutuk dengan influencer tersebut.
Sumber:Beautifulnara
Hiburan
Dah ada geng! Ramai terhibur lihat konten Adira Suhaimi dengan madu tersayang

Keakraban penyanyi Adira Suhaimi atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi bersama madunya, Datin Red sentiasa menjadi inspirasi ramai terutamanya dalam golongan wanita.
Mana tidaknya, mereka telah menjadi contoh bahawa hidup bermadu tidak menjadi asbab putusnya sesebuah silaturahim demi menjaga kebahagiaan rumah tangga meskipun berkongsi kasih sayang.
Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Adira di laman TikToknya, dia telah membuat konten bersama madunya telah mengejutkan ramai.
Mana tidaknya, pada kebiasaan selebriti yang berusia 32 tahun itu sering membuat konten bersama anak-anaknya namun, pada kali ini agak berbeza berbanding dengan sebelum ini.
Maduku bukan madumu
Dalam video berdurasi pendek itu, Adira sedang berjalan-jalan bersama madunya di sebuah lorong kecil sambil mengunyah gula-gula getah beserta kapsyen ‘maduku bukan madumu’ telah berjaya mencuit hati netizen.
Semoga sentiasa bahagia selalu!
Susulan itu, ramai yang mendoakan agar Adira dan madunya sentiasa bahagia bersama keluarga serta mendapat perlindungan Allah selalu.
Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
Sumber: TikTok @Adira Suhaimi
Hiburan
(VIDEO) Jumpa Jejaka Dari Aplikasi ‘Dating’, Qistina Raisah Dikritik – “Kau Kecik Lagi Dah Gatal!”

Pelakon remaja, Qistina Raisah menceritakan bahawa dia pernah menyukai seseorang selama dua tahun namun perasaannya itu tidak berbalas.
Enggan terus kecewa, pelakon berusia 14 tahun itu kemudiannya meluahkan rasa teruja apabila dia telah berjumpa dengan seorang jejaka baharu melalui aplikasi ‘dating’.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri dilihat meluangkan masa bersama jejaka berkenaan.So, ni first meet kitorang. Jom teman I jumpa dia, pergi beraya!
Bukan itu sahaja, pelakon drama Papa Ricky itu turut memaparkan momen-momen manis sepanjang perkenalannya dengan jejaka berkenaan.
Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai memandangkan Qistina baru berusia 14 tahun.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang apabila wajah jejaka berkenaan seperti sudah berusia 20an dan jauh lebih tua berbandingnya.
Dalam pada itu, ramai juga yang menasihati Qistina agar berhati-hati kerana usianya masih muda dan masih belum sesuai untuk memikirkan soal cinta.
Sumber:Beatifulnara
-
Hiburan4 months ago
Tahniah.. Eman Manan & Ogy Akhirnya Disatukan Kembali? Ini Cinta Yg Terputus Tidak Dapat Diganti..
-
Hiburan4 months ago
Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Selepas 11 tahun berkahwin,Tak sangka begini Kehidupannya skrg “ dah jadi macam ni”..
-
Hiburan2 months ago
Takda masalah, dia isteri kedua ayah..” Anak2 sudah jumpa Ira Kazar.. Tak sangka ini pendedahan Syamsul bila mereka berjumpa..
-
Hiburan3 months ago
“Latu request nak jafi Ratu”- Alha Alfa
-
Hiburan2 months ago
Nampak perubahan kamal..mereka pun masih takvt kerana..” Setelah kejadian Haritu, Ini keadaan terkini Kamal adli
-
Hiburan2 months ago
Sha adalah mngsa pndera4n..” Shil Amzah bongkar rahsla besar keluarga
-
Hiburan1 month ago
Anak tlada MasaIah..dah tahu saya Nak bercerai.. Dia terus..” Baru je selesai mahkamah, Ini yg Ank sarah cakap
-
Hiburan1 month ago
Ibu Syamsul titip pesan,, untuk puteri sarah buat n3tizen sebak