Makln mengarvt Dah Industri..” Ratu Farah Keluarkan Single Baharu, Sekali ini Netlzen perasan

Siapa tidak kenal nama pensohor media sosial Ratu Farah yang sejak kebelakangan ini sering saja menimbulkan kontroversi sehingga menjadi bahan bualan netizen. Ratu Farah yang mula dikenali di aplikasi TlkTok itu khabarnya melebarkan sayapnya apabila dia ada melancarkan lagu terbaharu berjudul ‘Harga Naik Lagi’, hasil kolaborasi bersama Rusa Music Entertainment.

Namun begitu, lagu terbarunya itu telah mendapat kecaman netizen kerana dianggap sebagai ‘meIacvrkan’ industri muzik di Malaysia. Kata netizen, Ratu Farah seolah-olah bermain dengan industri muzik dan sekadar tempat untuk bersuka ria. Tambah warga maya lagi, lagu yang dinyanyikan Ratu Farah itu dianggap sebagai mengarut dan tidak dapat difahami dari segi lirik dan sebutan vokal.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOUTUBE – RATU FARAH TV (@ratu__tv)

Sedih, makin lama makin mengarut lagu yang dikeluarkan. Makin melingkup industri muzik tanah air. GARA-GARA menari sakan dalam pembikinan muzik video (MV) terbaharu lagu Datuk Seri Aliff Syukri, personaliti TlkTok dikenali sebagai Ratu Farah Diva menerima kecaman hebat netizen.
Tersenyum membaca komen-komen negatlf ditulis di media sosial itu, Ratu, 27, menganggap kritlkan dan kecaman netizen itu sebagai sesuatu yang melucukan.

“Saya baca komen-komen kecaman netizen namun tidak pula mahu membalas semua itu… kelakar juga dengan kata-kata yang mereka lemparkan kepada saya. Ratu sudah lali dengan kecaman. “Saya sudah lali dengan kecaman sejak awal aktif di media sosial. Kalau nak masuk dunia hiburan sebegini, mental kenalah kuat. Jika takut dikecam, lebih baik buang sahaja semua akaun media sosial,” katanya kepada mStar. Sebelum ini, menerusi satu video yang dikongsi oleh Aliff menarik perhatian netizen apabila turut menampilkan Ratu Farah. Ratu dipercayai merupakan salah seorang selebriti media sosial yang terlibat dalam pembikinan lagu baharu nyanyian usahawan itu berjudul Baby Sayang.

Sementara itu, Ratu menegaskan tarian yang dilakukan tidak keterlaluan dan hanya sekadar untuk menghiburkan penonton. Malah, dia menganggap komen kecaman itu sedikit sebanyak membantu membuatkan video muzik lagu berkenaan menjadi lebih tular di media sosial.

“Jangan layan sangat dengan kecaman yang diberikan itu. Saya ambil yang positif sahaja. Kalau terlalu fikir nanti saya akan jadi down.
“Saya menari bukan over sangat. la bagi menjayakan MV lagu tersebut sahaja. Sebenarnya dengan kecaman itulah menjadikan orang-orang seperti kami ini lebih viral, jadi biarkanlah mereka nak cakap apa,” jelasnya. Sumber

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *