Bekas isteri Dah Ada Pengganti, dihaIav dari rumah. Ini kehidupan tegar sekarang

Baru sahaja lima bulan bercerai, bekas isteri penyanyi Indonesia, Tegar iaitu Sarah Sheilka didakwa sudah bertemu pengganti. Perkongsian wanita itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar mesra dengan seorang lelaki di media sosial.

Meskipun ramai yang bertanyakan di ruanga komen, namun Sarah tidak menjelaskan siapa gerangan lelaki bernama Fatham itu. Terdahulu, rumah tanga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Tegar Septian hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja selepas mendedahkan sudah bercerai degan isterinya, Sarah Sheilka pada Jun lalu akibat masalah kewangan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by •Gold Diamond• (@sarahsheilka)

Tegar mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun. Pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian kini berusia dua tahun. Penyanyi Indonesia, Tegar Septian, 21, meluahkan rasa sedih apabila sekali lagi diuji dengan masalah kewangan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Tegar memaklumkan dia dan keluarganya terpaksa keluar dari rumah akibat tidak mampu membayar sewa. “Duh aku harus bagaimana lagi aku harus bayar sewa rumah. “Aku kesian dengan orang tua aku kalau tak mampu bayar, orang tua aku mahu tidur dimana dan keluarga aku Ya Allah,” tulisnya.

Menurut Tegar lagi, dia juga berkata masalah kewangan yang dihadapinya itu gara-gara sering ditipu dan tidak mendapat wang royalti hasil nyanyiannya. “Maaf bukannya apa-apa. Kenapa aku begini. Aku selalu kena tipu. “Semoga kalian faham apa maksud aku. Royalti pun aku belum sepenuhnya dapat,” jelasnya lagi.

Jun lalu Tegar membuat pendedahan mengenai keruntuhan rumah tangga, namun, tidak berkongsi tarikh perceraian. Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun. Sumber

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *