Ustazah ‘dayuskn suami’ Dkwa Bersalam Dengan Artis Boleh R0sak Jiwa, Ini jawapan padv Dato Hattan

Penyanyi Datuk Hatton nnenempelak seorang ustazah yang mempertikaikan kaum ibu yang membenarkan doktor lelaki untuk nnenyannbut kelahiran bayi ketika sedang bersalin. Pelantun suara yang popular dengan lagu Biso Bonar itu turut mempertikaikan tindakan ustazah berkenaan yang melabelkan golongan suami sebagai dayus apabila membiarkan doktor lelaki mengelolakan proses kelahiran yang melibatkan isteri mereka di hospital.

“Saya tengok Facebook, ada satu ustazah ni, habis dia hamun-hamun orang. Nak berdakwa boleh, nak bagi nasihat boleh, tapi cara kau tak betul.
“Kau hamun-hamun orang macam ni, kau kata suami dayus bila doktor lelaki sambut kelahiran untuk isteri… kau jangan main cakap je kak. “Bogus nasihat, tak salah nasihat tapi cara kau tak kena. Dia bukan macam tu. Ustaz Azhar Idrus cakap tak dayus. Kau kena pilih bahasa yang elok,” katanya menerusi satu hantaran video di Instagram.

Hattan menambah, sukar untuk mendapatkan doktor bersalin perempuan, lebih-lebih lagi dalam keadaan kecemasan. “Kalau dah emergency, siapa nak tolong? Kau ingat semua doktor bersalin semua perempuan belaka di Malaysia ni ke?” tanya Hattan lagi. Selain itu, Hattan turut menyentuh isu mengenai kenyataan ustazah berkenaan tentang selebriti Malaysia yang bersentuhan ketika sedang bersalaman.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

“Lepas tu satu lagi kau cakap bersalam dengan artis boleh `hilang roh’. Hina benar pada kau artis ni kan? Sedapnya mulut kau. Kau cakap artis ni artis standard macam apa… Kau ingat artis ni binatang ke? Najls mughallazah ke artis ni?
“Kita ni tak gemar menunjuk, 90 peratus artis Malaysia semua dah sampai ke tanah suci buat umrah atau haji. Macam akan datang satu group Wings akan mengerjakan umrah… dah rezeki dia.
“Kalau kau cakap kita salam tu batal air sembahyang, bukan muhrim… kita faham. Bila kau cakap hilang roh macam hina benar artis. Bercakap tu berfikir dulu. Kau nak mentarbiyah orang, kau laki bini sama je. Kau ingat lebam sini (menunjuk ke arah dahi) gerenti syurga ke? Please lah,” tutup Hattan.

Terdahulu, seorang ustazah dan suaminya menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila mempertikaikan pemilihan doktor lelaki oleh ibu hamil untuk menyambut anak mereka ketika melahirkan. Sumber Gempak. Aisyah meluahkan rasa terkilan itu menerusi satu hantaran video di laman Instagramnya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Janji Manis Mu itu turut mengatakan dakwah yang dilakukan ustazah berkenaan nampak ‘keras’ sehingga dikhuatiri memberi pandangn buruk kepada agama lain.“Ustazah, dosa dengan Allah kita boleh minta maaf, tapi dosa dengan manusia perlu minta maaf pada orang itu.

“Jangan malukan orang Islam dengan golongan bukan Islam bila lihat dakwah kita nampak keras sebegini,” tambahnya. Sementara itu, beberapa rakan selebirti dan netizen turut bersetuju dengan luahan hati Aishah.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *