Pelakon remaja 14thun sudah Bercinta?

Sejak kebelakangan ini ada cerita membabitkan pelakon cilik, Qistina Raisah diperkatakan ramai dimana sebelum ini tular videonya memakai baju ketat di bahagian dadanya. Terbaru, hangat diperkatakan apabila pelakon berusia 14 tahun itu dilihat ada memuat naik gambar bersama seorang lelaki dengan kapsyen akaun IG lelaki berkenaan serta emoji hati.

Tidak dapat dipastikan identiti lelaki itu, diruangan komen posting berkenaan rata-rata netizen terkejut Qistina menjalin hubungan cinta didakwa dengan lelaki dewasa. Sementara itu, isu tersebut turut menjadi bualan hangat di laman Twitter dimana ada netizen mendakwa lelaki tersebut berusia 17 tahun dan tiada masalah untuk mereka bercinta. Sumber rotikaya. Pelakon remaja, Qistina Raisah,13, menafikan dia adalah selebriti yang didakwa berkelakuan kurang manis dalam sebuah video yang sedang tular di media sosial.

 

Qistina berkata, dia tidak tahu mengapa netizen mengaitkannya dalam video yang diperkatakan, sedangkan individu tersebut bukan dirinya. “Apa motif dia memuat naik video berkenaan? Tetapi, itu bukan saya! Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen bertanya: ‘Adakah ini budak yang lupa password telefon?’. “Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan, sedangkan individu dalam video tersebut bukan saya,” katanya.

Kata pelakon itu lagi, dia tidak pernah keluar tanpa ditemani ibunya, malah keluarganya juga tahu siapa kawan-kawannya. “Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada emak sekali. Anda jangan risau, kalau pun nanti terserempak, saya pandai jaga diri lebih-lebih lagi apabila di depan khalayak. “Saya masih ada emak dan ayah, malah mereka tahu apa yang saya buat. Kalau nanti orang nampak saya pergi ‘dating’, jangan risau kerana emak mesti ada sekali,” katanya.

Pelakon drama Papa Ricky itu juga menasihati pemilik video terbabit untuk berhenti menyebarkan fitnah yang tidak mendatangkan faedah. “Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan mempercayai dan menyebarkannya.“Saya tidak mahu ia menjadi fltnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut,” katanya. Sumber utusan.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *