Connect with us

Hiburan

Bakal tamatkn zaman duda anak 4?” Shuib dedhkn sediklt demi siklt?

Published

on

Pelawak terkenal, Shuib sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen selepas didakwa keluar makan malam bersama usawahan Watie Hanifiah. Ia susulan sebuah hantaran yang dikongsikan Shuib di laman Instagram miliknya sedang menjamu selera bersama anak-anaknya, Talita dan Matin di restoran mewah cef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay. Apa yang menarik perhatian adalah rata-rata netizen di ruangan komen melihat pantulan kelibat wanita seakan Watie berada di cermin belakang turut memakai pakaian berwarna hitam.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan pengikutnya turut ‘mengintai’ di Instagram Watie yang turut sama berkongsi dirinya sedang menikmati juadah sama seperti Shuib dan anak-anak iaitu hidangan mewah lobster dan beef wellington.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Shuib untuk tidak berselindung lagi sekiranya benar mempunyai hubungan istimewa bersama Watie. Meninjau ke Instagram milik Watie, usahawan ini turut berkongsi sebuah video memakai busaha serba hitam dan ruangan kapsyen miliknya dibanjiri peminat Shuib yang mendoakan jodoh mereka. Sebelum ini, Shuib menafikan dakwaan bercinta dengan Watie selepas tular beberapa foto mereka seakan berpakaian sedondon antaranya ketika menonton konsert Anuar dan Ziana Zain meskipun secara berasingan. Sumber xtra.

Pelawak popular, Shuib Sepahtu, 37, mengakui sedang mengenali seseorang, namun, hubungan belum tahap serius. Baginya, soal jodoh diserahkan kepada urusan Allah. Namun, enggan membuang masa, memandangkan usia bukan muda lagi. Bagaimanapun, Shuib berkata, dia bimbang orang luar meletakkan jangkaan tinggi terhadap wanita yang bakal menjadi calon isterinya, selain membandingkan dengan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Saya takut wujud perbandingan yang sepatutnya tidak berlaku kerana arwah duduk dalam kelas yang tersendiri dan teratas. Orang baharu pula adalah buku baharu yang tidak boleh dibuat sebagai perbandingan. “Jujurnya, saya sedang mengenali seseorang, namun, setakat kawan-kawan sahaja, hubungan tidak serius. Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara. “Saya kini berstatus duda anak empat, jadi saya tidak mahu membuang masa. Saya lebih suka bersikap ‘straight to the point’ jika kalau jumpa calon sesuai.

Tetapi, jika tidak sesuai, kena cepat-cepat cari yang sesuai. Banyak benda besar berlaku dalam hidup membuatkan saya semakin matang. Sekiranya wanita ini ingin mengenali saya, saya terpaksa gerak dahulu kerana tidak mahu membuang masa,” katanya kepada BH Online. Shuib ditemui pada majlis pelancaran tudung Loveta X Anzalna di ibu kota, hari ini. Mengakui ibunya sudah memberikan lampu hijau, Shuib berkata, ibunya turut menyarankan agar mula membuka hatinya untuk mengenali mana-mana wanita.

“Bagaimanapun, masa saya banyak dihabiskan dengan anak-anak, jadi, agar sukar berbuat demikian. “Mungkin ibu faham keadaan anak-anak saya yang biasa ada ibu dan berkasih sayang, jadi, menyarankan saya membuka pintu hati mencari pengganti. “Tetapi, saya terfikir adakah wanita sudi terima saya yang ada empat cahaya mata?

“Apa pun, restu ibu, mentua, keluarga dan anak-anak menjadi keutamaan saya. Jika saya sahaja okay, tetapi keluarga tidak bersetuju, saya tidak akan teruskan,” katanya. Sementara itu, Shuib berkata, dia tidak akan mempedulikan apa yang orang akan bercakap mengenai dirinya atau mempertikaikan tindakannya yang terlalu cepat ‘move on’, sedangkan kubur arwah isteri masih merah. Katanya, dia tidak perlu memikirkan cakap-cakap orang kerana hanya dia dan keluarga tahu penderitaan terpaksa dilalui sepanjang lima bulan pemergian arwah isterinya.

Saya sebenarnya sudah tidak mahu memikirkan apa yang orang cakap mengenai saya. Soal kecaman lantaklah, asalkan saya tidak kacau hidup orang. “Saya yang menanggungnya, jadi saya tidak perlu pun mendengar pendapat orang. Saya tahu jika saya sibuk mencari jodoh, mesti orang akan kata dulu beriya-beriya sangat sedih, tetapi baru lima bulan arwah isteri pergi sudah sibuk hendak mencari pengganti.

“Tetapi, ada pula yang berpandangan berbeza. Ada yang kata apa saya hendak buat seorang diri? “Jika saya mengalami kemurungan siapa yang hendak tanggung? Cukuplah, saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mentua dan keluarga kerana mereka sentiasa ada di sisi saya. “Jika saya menangis dan tertonggeng sendirian di rumah, bukannya orang luar ambil tahu dan bertanya keadaan saya okay atau tidak,” katanya.

Shuib kehilangan arwah Siti Sarah pada 9 Ogos lalu akibat jngkitan selepas melahirkan anak keempat, Ayash Affan. Hasil perkahwinan bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta

Published

on

By

Pelakon dan pelawak Shuib mengumumkan tiada sebarang majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifah yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.

Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan hanya melangsungkan majlis khatam, berinai dan akad nikah.

“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.

Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie, di Astro Bukit Jalil, hari ini.

Selain itu, Shuib juga memaklumkan mereka telah mendapat tahaan mencecah lebih RM1 juta sempena majlis itu.

“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.

“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” jelasnya.

Shuib juga menyatakan majlis itu hanya terhad kepada 600 tetamu dan akan diadakan di Putra Glass House, Putra Height.

Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Sumber:Xtra

Continue Reading

Hiburan

Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku”

Published

on

By

Seorang pengguna laman Facebook terpaksa membuat laporan polis selepas terdapat netizen menyangka dia adalah suspek lelaki yang mengasari seorang pemandu wanita berhubung penularan sebuah video di media sosial sejak semalam.

Menurut Mamatt Khalid XV, salah faham terjadi apabila seorang individu dalam senarai rakan Facebook ‘menyeru’ nama akaunnya pada video tular tersebut sebelum warganet mula menjalankan ‘tugas’ mereka.

Penafian! Pelaku bukan saya

Mamatt berkata, susulan kekeliruan yang timbul, dia seolah-olah terkejut apabila diserang oleh ‘tentera bawang’ sehingga membabitkan ahli keluarganya.

“Disebabkan ramai yang serang aku kat komen dengan messenger mengatakan aku ni adalah si musibat (suspek lelaki) yang kat dalam video yang viral ni.
“Aku dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bukan aku pelaku dalam video tersebut. Disebabkan salah sorg dalam friendlist aku tag nama aku. Tak memasal aku kena serang bertubi-tubi.
“Harap pemilik video dengan adik dia (mangsa) dapat bagi pencerahan. Aku dah hubungi dua beradik ni tapi takde respon,” tulisnya.

Tambah Mamatt, tindakan membuat laporan di Balai Polis Gombak, Selangor adalah untuk melindungi dirinya serta ahli keluarga apatah lagi fitnah yang dilemparkan orang ramai.

Setelah berbincang dengan mereka uang terdekat dan  mendapatkan nasihat daripada peguam. Dan yakin segala bukti memang mencukupi.
“Kita teruskan, demi maruah keluarga kecik aku. Habis anak, bini, arwah bapak aku kena petik. Untuk “mereka-mereka” yang serang aku dari 2.30 petang hingga maghrib tadi (semalam). Ada hadiah untuk kalian,” katanya.

Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 29 tahun bertindak menunjal kepala pemandu wanita berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya.

Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada petang Isnin ketika mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya.

Bagaimanapun, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sudah direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Facebook Mamatt Khalid XVUtusan (Asliza Musa),Omm

Continue Reading

Hiburan

Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Selebriti Luah Rasa Berang!-“Nak Kenal Bab* Ni..”

Published

on

By

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang memarahi seorang wanita yang didakwa telah memandu secara berbahaya.

Lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk cermin kereta pemandu itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak memukul kepala mangsa.

Video yang tular itu turut mendapat reaksi oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang memukul pemandu wanita itu.

“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully camni kena kasi ajar sikit adab dan etika sebagai manusia.”-kapsyen Yana Samsudin di Instagram

Barisan Selebriti Luah Rasa Berang!

Dalam pada itu, perkongsian Yana turut dihujani dengan komen netizen serta rakan selebriti Rozita Che Wan, Zulin Aziz, Nana Sheme, Neeta Manis, Sharif Zero, Mustaqim Bahadon, Haiza Hanafi dan ramai lagi yang berang dengan lagak samseng lelaki berkenaan yang biadab terhadap mangsa.“Nak jugak kenal bab* ni!! Kuqang ajaq sangat….eeee.”- Rozita Che Wan

Aikk lelaki ke perempuan takyah la pukul. Ini bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Sedih bila tengok benda macam ni.”- Brian Masterchef

“Kalau dia betul buat salah bang nak sound dia terserah abangkah tapi abang naik tangan tu adeh..”-Mustaqim Bahadon

“Sapa dia, tak kenal!!!.”-Haiza Hanafi

“Abang ni ngan perempuan dia tepuk-tepuk lah. Cuba abang gadang besar yang bawak kereta tu. Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni bang. Dia tau bukan lawan dia. Memang taraf-taraf gangster pukul perempuan ke apa.”-Zuliz Aziz

Menurut laporan Harian Metro,  lelaki yang dirakam memukul kepala pemandu wanita itu telah ditahan pihak polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.

Sumber:Murai my

Continue Reading

Trending