Vida Mengaku Tak Bers4Iah di Mahkamah. Rupanya Ini Yang Vida Dah Buat Sampai Kena D4kwa

Usahawan kontroversi, Dato’ Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan video bersifat sumbang pada 29 April 2022.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman selepas pertuduhannya dibaca oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, pemilik nama Hasmiza Othman didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang dengan niat menyakitkan hati orang ramai menerusi video dimuat naik di laman Youtube miliknya, DSV Entertainment.

Dan video tersebut diperlihatkan pada 5 Mei 2022 ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya.

Memetik laporan mStar, Vida didakwa mengikut Seksyen 223 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998  (Akta 588) yang jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga boleh dikenakan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Vida dilihat hadir bersama anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau dikenali Cik B sekitar 9.50 pagi di perkarangan mahkamah.

Sementara itu, Hakim Ahmad Fuad menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes disambung pada 7 Disember ini untuk serahan dokumen.

Terdahulu, muzik video lagu raya nyanyian Vida menerima kritikan ramai kerana dianggap tidak menghormati makna sebenar perayaan selain menggunakan konsep ‘drag queens’

Sumber: mStar (Amin Hazlan)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Knapa baru sekarang..msalah ini sejak empat tahun lalu..yang dia mahukan lagi..” Baru je Syamsul dkwa Sarah ada Hubungi Bkas teman lelaki. Sarah dedah sesuatu

Isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *