Alhamdulilah, Zamani selamat di bedah”… Isteri dedah Zamani sudah boleh…

ZAMANI SELAMAT DIBEDAH – ISTERI UCAP TERIMA KASIH ATAS DOANYA

Isteri kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Nur Juliana Abd Rani menerisi laman Instagram telah berkongsi perkembangan terkini suaminya yang baru selesai menjalani pembedahan sekitar jam 3.15 petang, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin..

Dalam kenyataan itu juga. Juliana turut mengucapkan terima kasih atas doa peminat untuk kelancaran prosedur pembedahan berkenaan, selain menyertakan gambar bilik pembedahan di mana suaminya menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis.

Syukur Alhamdulillah… Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi.. 🤲 Terima kasih atas doa-doa buat Abg Zamani.. 🥰,” demikian catatan ringkas isteri Zamani.

Difahamkan, pembedahan itu hanya mengambil masa dua jam setengah sahaja dan Zamani, 51, dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Sebelum ini, penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ ini memaklumkan dia akan menjalani proses memasukkan bius dan lain-lain prosedur yang mengambil masa sekitar enam jam. Maklum Zamani lagi, kemungkinan dirinya tidak lama berada di hospital.

Dalam masa sama, Zamani turut menjelaskan dia akan menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada tahap kekuatan antibodi dirinya.

“Mungkin saya ditahan sekitar tiga, empat hari dan selepas itu dibenarkan pulang. Doktor kata kalau nasib baik hari kedua dah boleh bawa kereta.

“Sebenarnya pembedahan ini babitkan tunjang dan ia sangat serius. Namun dua tunjang sahaja bermasalah. Yang lain okey. Cuma saya nak kena jaga saraf-saraf sahaja. Jadi harap tiada apa-apa.

“Proses pemulihan akan makan masa dua minggu hingga enam minggu. Saya akan menjalani latihan fisioterapi. Tapi untuk pulih sepenuhnya, untuk boleh bekerja semula kena ambil masa dalam dua, tiga bulan, ia bergantung pada kekuatan antibodi,” katanya.

Untuk makluman, Zamani mula menghidap penyakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *