Pernah Teruk Dibuli..”-Uqasha Senrose Kongsi Pengalaman Kerja Pramugari, Ketika Umur 18 Tahun.

Pelakon selebriti Uqasha Senrose berkongsi kepada umum pengalaman semasa bekerja sebagai pramugari ketika beliau berumur 18 tahun. Dikatakan beliau ketika itu sedang menunggu keputusan SPM dan terdetik untuk melalui ujian sebagai pramugari.

Menerusi satu perkongsian video tiktok memes.puaka, dimana Uqasha menceritakan bahawa beliau tidak sangka boleh lulus dalam ujian pramugari ketika itu. Menurut uqasha lagi, ujian tersebut sama sahaja dengan pilot-pilot yang lain. Malah lebih mengejutkan lagi, beliau mendapat 100% kesemua ujian tersebut.

“Kitorang buat exam sama dengan semua pilot-pilot yang lain. kitorang punya question memang sama. Uqasha dapat semua 100%. kalau tak percaya, boleh tanya penerbangan tu..”-kata Uqasha Senrose.

Tambahan lagi, beliau juga ada mengatakan bahawa ketika itu beliau sering dibuli kerana terlalu muda baru berusia 18 tahun. Hal ini juga disebabkan Uqasha seorang yang tidak pandai bergaul dengan orang sekeliling, beliau juga ketika itu seorang yang pemalu.

“Alhamdulillah, tapi Uqasha kena buli la masa mula-mula masuk sebab umur kita baru 18. time tu tak kenal orang lagi dan Sha seorang yang sangat-sangat takut dengan orang. Sha tak reti nak berkawan, tak reti nak bercakap, malu dan segan..”-ujarnya lagi.

Lihat Klip Video Di Bawah:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Dari Pramugari Terjun Ke Bidang Seni

“Tak tahu nak cakap, tiba-tiba David Teo call suruh datang untuk buat audition. Dia dm Uqasha betul-betul selepas Qasha berhenti pramugari tu..”

“director tu buli sha suruh buat itu ini. pastu sampai sha kata, takpe la bang, saya rasa saya taknak jadi pelakon. saya tak pandai. saya tak reti..”-Tambahnya lagi

Pada mulanya beliau tidak ingin menjadi seorang pelakon kerana tiada pengetahuan atau kebolehan langsung dalam diri terhadap dunia lakonan. Tetapi, dia diminta untuk naik ke tingkat 6, sign kontrak dan terus dapat first filem. Hal ini mengejutkan beliau kerana tidak tahu apa apa tentang lakonan dan terus dapat berlakon dalam filem.

Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja.

Sumber: Lawak_laah Dan Tiktok.

About admin

Check Also

Baru Je Selesai Masyuarat, Akhirnya BN Telah Buat Keputusan Ini

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *