Lagi cantik duduk elok2..dengan kaki macam tu” Dltegvr netlzen, Rupanya sampai macam ini Ekya Farhana buat

Penampilan Eyka Farhana sememangnya kerap menjadi sorotan media memandangkan dia kelihatan agak se,ksl sejak kebelakangan ini. Tayang kaki mulus
Walaupun sebelum ini dia ada memaklumkan yang dirinya memang berpakaian sebegitu diluar dan mahu menjadi diri sendiri setiap kali memuat naik gambar, namun tetap ada komen-komen nakal dari netizen di ruangan Instagramnya.

Kali ini, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27 telah memuat naik gambar dengan menggayakan pakaian jenama terkenal yang agak terdedah di bahagian bawah badan. Dengan skirt separas peha dan posing yang agak ‘berani’, Instagram Eyka telah dihujani dengan komen-komen daripada netizen yang kurang senang dengan penampilannya.

“Pakai la elok sikit awak tu Melayu” Ada komen daripada netizen memintanya supaya berpakaian lebih sopan memandangkan dia merupakan wanita Melayu yang sepatutnya menjaga aurat. Mereka juga turut mendoakan agar pelakon tersebut mendapat hidayah dan tidak lagi berpenampilan sebegitu kerana dilihat kurang manis memandangkan dia merupakan wanita Islam yang menjadi tontonan di media sosial serta di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, Eyka dilihat tidak memberi respon keatas komen-komen negatif yang dilemparkan keatasnya. Ada juga sesetengah peminat memberikan kata semangat dengan meminta pelakon tersebut tidak menghiraukan sama sekali komen yang sengaja dibuat untuk menjatuhkan selebriti cantik tersebut. Sumber ohmy media.

Pelakon sensasi Eyka Farhana beranggapan isu penampilan seksi yang digembar-gemburkan netizen sebagai bersifat subjektif, selain imejnya memang sudah begitu (seksi) sejak dahulu.

Pelakon berusia 28 tahun juga lebih selesa mengambil pendekatan ‘zip mulut’ atau lebih baik berdiam daripada membalas kritikan netizen berhubung isu pemakaiannya yang dikatakan keterlaluan terdedah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EYKA FARHANA ✨ (@eykafarhana)

Bila sebut tentang seksi, perkara ini bersifat subjektif sebenarnya. Sebab dari dulu lagi orang sudah tahu saya begitu (s.eksl). Saya memang pakai seluar pendek. Malah ada juga artis lain yang lebih seksi, namun pendapat netizen berbeza pula terhadapnya,” kata Eyka kepada Kosmo! Online.

Tambah Eyka, netizen mungkin terkejut dengan penampilannya sehingga terus dihakimi seksi memandangkan sudah terbiasa menonton drama lakonannya yang tampil dengan pakaian sopan dan tertutup. “Mungkin sebab kebanyakan pakaian saya ketika berlakon sopan dan tertutup. Jadi bila sesekali saya pakai pakaian terdedah seperti skirt misalnya, penampilan saya menjadi isu bagi netizen. “Jadi netizen sebenarnya sudah terbiasa tengok saya sopan dalam drama, tapi bila di luar begitu (seksi). Tapi kalau betul pakaian yang saya pakai itu dikatakan sangat keterlakuan, saya tidak akan pakai lagi selepas itu,” katanya.

Bukan setakat isu penampilan, kisah cinta pemilik nama lengkap Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi juga semakin diperkatakan ramai. Eyka bagaimanapun mengambil pendekatan selamat, enggan terlalu bercerita tentang kisah peribadi, terutama soal cinta bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Kelab Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid. Ditanya tentang pemilik tangan yang dilihat memeluk bahunya menerusi sebuah video yang tular dalam TikTok baru-baru ini, pelakon drama Budak Tebing itu seboleh-bolehnya mahu menutup mulut biarpun rata-rata netizen mendakwa tangan itu adalah milik Akhyar.

Saya sebenarnya enggan bercerita sangat tentang hal peribadi. Saya rasa lebih elok kalau saya ‘zip mulut’ dan diam supaya saya tidak lagi dikecam. “Saya biarkan sahaja netizen membuat anggapan mereka sendiri tanpa perlu saya iyakan atau nafikan tentang perkara tersebut. Sebab rasanya netizen lebih tahu,” katanya

Sudah banyak komen dalam TikTok. Kalau rasa dalam video itu tangan si dia (Akhyar), maka dialah. Kalau rasa bukan, maka bukanlah. Kalau saya iyakan saya kena (kecam), kalau saya nafikan pun saya akan kena,” ujarnya. Selain mengambil pendekatan untuk tidak terlalu terbuka, Eyka juga membuat keputusan untuk tidak terbawa-bawa atau mengulang siar komen-komen yang ditinggalkan netizen dalam setiap hantaran yang dikongsiknnya dalam media sosial.

Kata Eyka, dia mahu menjaga kesihatan mentalnya daripada asyik memikirkan komen-komen negatif yang ditinggalkan pengguna media sosial. “Untuk kesihatan mental sendiri, saya mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen netizen. Lagi mudah kalau saya tutup sahaja ruangan komen dalam media sosial.

“Saya pun sudah terbiasa menerima banyak komen-komen negatif netizen. Namun pada masa sama, saya juga menerima banyak komen-komen bersifat positif. Mana yang negatif saya ambil sedikit untuk perbaiki diri, yang positif pula saya jadikan semangat untuk meneruskan hidup,” katanya. Eyka ketika ditemui pada majlis Sidang Media drama One Cent Thief di Dadi Cinema, Pavilion di sini mengakui menerima banyak nasihat daripada kenalan rapat supaya berdiam diri dan membiarkan netien membuat andaian sendiri.

 

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *