Tampil berpakaian longgar dan bertudung, ramai doakan Erynne Erynna istiqamah

Bila kita sebut nama pelakon Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah, mesti kita semua ingat dia merupakan pelakon kanak-kanak yang sentiasa menghiasi drama dan filem tempatan yang memiliki bakat yang cukup disegani ramai dahulu.

Walaupun usianya mencecah 25 tahun, dirinya cukup dikenali ramai meskipun pada waktu kini dia kurang muncul di kaca televisyen tempatan semenjak mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya.

Erynne bertudung?

Terbaharu, penampilan Erynne menjadi bualan ramai apabila dia dilihat tampil manis berhijab sambil menutupi bahagian dadanya.

Bukan setakat itu sahaja, Erynne yang pernah terkenal dengan filem Congkak dilihat memakai jaket dan seluar bersaiz longgar.

“Saja mencuba buat masa sekarang. Biar perlahan tetapi pasti, InsyaAllah,”tulisnya di ruangan hantaran tersebut

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)

Semoga dipermudahkan urusan dan kekal istiqamah

Perkongsian itu menerima banyak doa di kalangan netizen di mana ramai menitipkan doa buat aktres tersebut untuk terus kekal beristiqamah dan dipermudahkan segala urusan.

Nampak manis dan cantik berpakaian longgar

Terdahulu, penampilan Erynne yang serba ringkas ketika bercuti di Genting Highland membuatkan dia tidak kelihatan seperti seorang ibu malah ada yang menyangka anaknya itu adalah seperti adiknya sendiri. Malah, ada juga meluahkan ketidaksangkaan apabila pelakon tersebut sudah mendirikan rumah tangga.

Sekadar info, Erynne mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya,  Afify Sazali pada 17 April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Medinah pada 9 Ogos 2020.

Sumber: Instagram @erynneerynna
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *