Isteri d4kwa Zamani tak dapat bayaran, penganjur konsert kata untung hanya RM4,635

Isteri kepada penyanyi Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani pada 30 September lalu.

Memetik Harian Metro, Juliana meluahkan rasa terkilan memuat naik status di WhatsApp dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.“Aku ni (ini) hanya ada dia je dalam hidup aku tau, apa dosa dia sampai korang (kamu semua) tergamak buat dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya korang kawan dia.

“Lagi seminggu nak operate (pembedahan) ni. Apa niat baru nak bagitahu (beritahu) benda ni semalam. Memang dia tengah down (kelcewa) sekarang. Korang happy (seronok) kan? “Kalau dia decide (buat keputusan) putus harapan untuk hidup atau apa-apa jadi kat dia nanti lepas operation (pembedahan), sumpah aku cari korang sampai lubang cacing la se**n…cctv semua ade,” tulisnya.

Sementara itu, penganjur Konsert Doa Buat Zamani iaitu Aalan Ahmad menjelaskan mungkin Juliana tersalah faham sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian. “Dia mungkin tidak tahu perkara sebenar berkenaan tiket yang tidak habis dijual, tetapi pada masa sama penonton dilihat memenuhi tempat duduk yang disediakan.

“Saya anggap ini hanyalah salah faham kecil dalam satu keluarga dan tidak menyalahkan dia sepenuhnya atas apa yang berlaku. Masalah ini sepatutnya boleh diselesaikan sesama kami dan bukan membawanya keluar. “Mungkin dia tertekan memikirkan keadaan suaminya yang bakal menjalani pembedahan serta pelbagai masalah lain sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Menerusi Harian Metro, Aalan berkata kategori tempat duduk Rindiani dijual sebanyak 72 keping, Nur Kasih (214), Maria Mariana (31), Kurnia (48) dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM107,120. Bagaimanapun, kos untuk membayar segala kelengkapan konsert menelan belanja RM111,485 dan baki yang tinggal hanya RM4,635.

Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120. “Dari situ saya bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.

“Selepas ditolak kos itu, baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30. “Jadi tidak benarlah kenyataan yang dia tidak dapat sesen pun dari konsert terbabit. Saya masih ingat kenyataan Zamani tak kisah jika tiada untung besar asalkan kami tidak berhutang,” katanya. Sumber rotikaya.

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *