“Idris Khan sudah Berdamai, Saya terus lawan..” Amelia Henderson yakin tidak bersalah, mahu terus ‘lawan’ A. Aida.. Ini Yang berlaku..

Saya sokong keputusan kawan saya dan dia ada hak untuk buat keputusan tersebut,” katanya.

Pada perbicaraan hari pertama kes berkenaan di hadapan hakim Zulqarnain Hassan, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu penerbit, Datuk A. Aida dan pengarah drama, Reza Baharuddin.

Riza memberitahu mahkamah, Amelia selaku defendan pertama kes tersebut tidak bersetuju menukar tarikh penggambaran ekoran skrip drama berkenaan yang masih belum siap sepenuhnya.

Saksi turut memberitahu pada 15 Jun 2022, pengurus kepada Amelia ada menghubunginya kerana tidak bersetuju dengan jalan dan konsep drama berkenaan yang dianggap berbeza.

“Defendan pertama tidak berhasrat menukar tarikh penggambaran selepas ia ditunda sebanyak tiga kali ekoran masalah skrip masih belum siap selain jadual artis lain perlu kembali diselaraskan mengikut waktu sesuai,” katanya.

Riza menjawab soalan berkenaan selepas ditanya oleh peguam defendan pertama, Munirah Najihah Shaari dan Farhanna Roslan.

Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa plaintif dan stesen televisyen yang menawarkan defendan pertama watak dalam drama tersebut.

Sementara itu, A. Aida dalam keterangannya memberitahu mahkamah disebabkan pelanggaran kontrak berkenaan, pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM210,000.

Idris dan A. Aida enggan memanjangkan isu di antara mereka.

A. Aida turut tidak bersetuju apabila peguam defendan pertama mengatakan pihak penerbit sengaja mereka jumlah kerugian tersebut.

Sebelum itu, A. Aida dan defendan kedua, Idris Khan mencapai kata sepakat menyelesaikan berkenaan yang mana penerbit itu menarik balik saman terhadap aktor itu tanpa kebebasan memfailkan semula kes tersebut.

Idris diperintahkan memulangkan wang pendahuluan membintangi drama itu yang diterimanya sebelum ini sebanyak RM3,780 kepada A. Aida sebagai penyelesaian luar mahkamah selain tidak boleh memfailkan saman malu terhadap penerbit berkenaan.

Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi tersebut sebelum penghujung November 2022.

Untuk rekod, A. Aida mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan Amelia selepas didakwa menarik diri pada saat-saat akhir daripada membintangi drama terbitan syarikatnya, A. Aida Production berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Penerbit itu menjelaskan tindakan diambilnya kerana kecewa dengan sikap tidak profesional kedua-dua pelakon itu sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

A. Aida diwakili peguam Ashmadi Othman manakala Idris diwakili Jason Wee.

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *