Menerusi satu perkongsian video tersebut yang dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram Achey Kintang Kintung . Beliau yang berkongsi mengenai keadaan Fad Bocey yang dikejarkan ke hospital disebabkan kemalangan jalan raya.
Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Beliau ialah ahli kumpulan Bocey bersama Achey dan Abam. Beliau juga ialah bekas peserta rancangan TV realiti Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3.
Menurut perkongsian Achey menerusi instagram miliknya, dia yang sempat melawat Fad Bocey ketika masih berada di hospital untuk menerima rawatan.
Menurut video tersebut, kelihatan Fad Bocey sudahpun sedarkan diri malah masih mampu tersenyum dengan gurauan sahabatnya itu. Fad juga dikatakan sudah stabil dan terdapat sedikit luka-luka di bahagian badan terutamanya kecederaan di bahagian kaki.
Berita ini juga turut mengejutkan isteri kepada Fad Bocey, Syaheera Rahman. Beliau turut memohon doa daripada orang ramai supaya mendoakan suaminya cepat sembut seperti sedia kala.
Menurut Syaheera Rahman sendiri, beliau berkata Fad kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih perlu di pantau oleh doktor disebabkan berlakunya hentakan yang kuat di bahagian kepala sewaktu kemalangan sehingga muntah.
Lihat klip video tersebut:
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti:
Jangan lupa komen yang baik-baik sahaja
Sumber: Cepatberita dan Instagram Achey Kintang Kintung