Fatin Afeefa Sedlh Anak Dltudvh Luar Nlkah, skali ini balas beliau

Baru-baru ini, dunia hiburan tempatan dihidangkan dengan aksi pertelingkahan media sosial antara pelakon Fatin Afeefa dan juga bekas suaminya, Adam Shahz di Instagram.

Fatin Afeefa pada mulanya dituduh mengabaikan anak-anak kerana berlibur di kelab malam bersama lelaki dan Adam Shahz pula didakwa tidak pernah melunaskan nafkah anak-anak semenjak 4 tahun yang lalu. Malah, wujud pula dakwaan yang mengatakan anak pertama Fatin Afeefa, Arrian adalah anak luar nikah.

Tertekan dengan keadaan itu, Fatin tampil menjelaskan apa yang terjadi antara dia dan Adam serta status anak pertamanya itu di Live TikTok, semalam.

Kata Fatin, dia tidak pernah menghalang Adam untuk berjumpa dengan anak-anak dan tak pernah memburukkan Adam sebagai bapa mereka.

Anak saya, Arrian, bukan anak luar nikah, tolonglah! Melampau. Hanya kerana awak tak nak saya berkahwin, awak buat macam ni kepada saya, melampau. Tambahnya, dia tidak takut hak penjagaan anak-anaknya dirampas Adam kerana yakin dirinya lebih mampu membesarkan mereka.

Saya dah penat. Saya dah tak larat. Dah lima tahun. Saya dah move on. Dia dalam pada itu berkata bahawa dirinya bersedia disaman bekas suaminya itu dan telah menyediakan semua dokumen jika perlu.

Peguam saya dah sedia, kami ada semua dokumen. Saya sudah lebih dari bersedia cuma saya nak awak (Adam) keluarkan duit dulu sebab saya dah penat nak keluarkan duit saya dulu” ujarnya panjang lebar. Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Fatin Afeefa seolah berang dengan tindakan bekas suaminya, Adam Shahz yang didakwa membuka kisah cerai mereka dan pemberian nafkah anak-anak. Menurut laporan Xtra, Fatin dilihat ada memuat naik satu paparan komen yang ditinggalkan pada satu posting TikTok bekas suaminya.

Menerusi entri itu, Fatin menafikan dakwaan ditulis bekas suaminya itu serta menyifatkan ianya sebagai fitnah. Fatin turut mendedahkan, bekas suaminya itu tidak memberi nafkah pada anak-anak mereka selama 4 tahun.

“Just in case tak jumpa comment I dekat video sebelah, this is my reply. Dah la menipu, ajak orang tambah d0sa, fltnah lagi. Itu je la mampu pun.

“Dah tua dah… dah dah la tu, move on la… 5 tahun dah. Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife,” tulisnya.

Sementara itu, memetik portal Cari Forum, Adam didakwa ada menyatakan hak penjagaan anak-anak jatuh kepada bekas isteri dan dia tmemberi nafkah setiap bulan pada anak-anaknya. “Kami bercerai. Isteri dapat hak jagaan anak penuh kerana anak kami 2 orang berumur 5 tahun dan 3 tahun. Saya membayar nafkah anak bulanan seperti mahkamah arahkan dan saya dapat hak lawatan. Isteri tidak bekerja pada masa itu.

“Saya tidak mau campur urusan peribadi isteri saya ada pasangan baru atau hidup barunya asalkan dia dapat menjaga anak-anak dengan baik. Dia ada hak untuk hidup bahagia cara dia,” tulisnya.

Terdahulu, Fatin mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahzpada tahun 2013 namun bercerai pada 2017. Sumber beautifulnara.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *